balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Bungkusan tulang manusia dibawa keluar anggota forensik dari dalam hutan Bukit Zamrud, semalam. Mayat dipercayai ditanam di kawasan itu sejak dua bulan lalu.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Rangka manusia ditemui berselerakan di sebuah ladang getah di Taman Zamrud, Temiang, di sini, semalam.
Rangka dipercayai sudah dikais haiwan itu ditemui bersama sebahagian pakaian dan kasut oleh seorang pekerja ladang kira-kira 10.45 pagi.
Timbalan Ketua Polis Dae-rah Seremban, Superintendan Baharudin Mustafa berkata, penemuan dipercayai melibatkan mayat tertanam di kawasan ladang tersebut.
Menurut, mayat ditanam kira-kira 700 meter dari dalam hutan, dipercayai ditanam lebih dua bulan lalu berdasarkan keadaan tulang dan baju mangsa yang hampir reput.
“Melalui siasatan awal, mayat tersebut dipercayai telah berada di situ lebih dua bulan lalu, berdasarkan keadaan mayat yang sudah pun tinggal tulang. Tiada sebarang dokumen ditemui, malah identiti dan jantina mangsa juga masih belum dapat dipastikan.
“Mangsa berkemungkinan lelaki berdasarkan pakaian, kasut dan tali pinggang yang ditemui. Bagaimanapun kita akan membuat ujian DNA terhadap tulang tersebut, sebelum tindakan susulan di buat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Baharudin berkata, kesemua rangka dan tulang itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengklasifikasikan kes tersebut, sehinggalah keputusan bedah siasat diperoleh daripada pihak hospital.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/rangka-manusia-ditemui-berselerakan-1.216310