BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramdan letak sasaran

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
su_081-4.jpg

RAMDAN (dua dari kiri) meletakkan harapan yang tinggi pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Zhuhai, China hujung minggu ini.

PELUMBA Underbone 115cc negara, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli meletakkan harapan tinggi apabila berkunjung ke Litar Antarabangsa Zhuhai, China pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas hujung minggu ini.

Didorong dengan dua kejayaan di tempat ketiga yang diraih pada kemunculan pertama di Litar Motor Madras, India (Pusingan 3) dan Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun (Pusingan 4), Ramdan berharap dapat mengekalkan prestasi sama kali ini.

Selain itu, pelumba berusia 15 tahun ini juga mahu mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan yang akan menjejaskan peluangnya untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan ketiga keseluruhan.

Pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM Racing itu berada di tangga kelapan keseluruhan dengan 49 mata.

Rafid Topan Sucipto dari Yamaha CKJ TJM Racing mendahului kedudukan dengan 161 mata diikuti juara bertahan, Hadi Wijaya (Kawasaki NHK Rextor MTR Manual Tech) kedua, 136 mata dan rakan sepasukan Ramdan, Shahril Izzuwan Mohd Noor ketiga, 76 mata.

"Ketika ini kejuaraan sudah memasuki tahap kritikal dengan hanya berbaki dua pusingan dan empat perlumbaan sahaja lagi.

"Jadi, tidak hairan jika setiap pelumba dalam kategori Underbone 115cc akan beraksi dengan agresif di sini untuk memburu jumlah mata maksimum.

"Saya juga akan melakukan perkara serupa dengan harapan dapat menamatkan perlumbaan di atas podium ataupun di kalangan lima pelumba terbaik," kata Ramdan yang tidak beraksi pada Pusingan 1 (Sepang) dan Pusingan 2 (Jakarta).

"Saya terpaksa melepaskan dua pusingan awal akibat kecederaan kaki. Ia sangat merugikan kerana saya kehilangan banyak mata dan ketinggalan jauh kepada pendahulu, jika tidak mungkin saya masih berpeluang untuk mengejar gelaran juara keseluruhan.

"Sekarang ini, sudah terlambat kerana walaupun saya berjaya mengutip 100 mata penuh manakala Rafid pula gagal untuk menambah sebarang mata, saya tetap ketinggalan 12 mata kepadanya.

"Saya masih mempunyai peluang untuk mengejar Hadi namun ia agak sukar memandangkan pelumba berpengalaman itu merupakan seorang pelumba yang sangat konsisten.

"Oleh itu, sasaran paling realistik buat saya adalah untuk mengejar kedudukan ketiga keseluruhan kerana saya hanya ketinggalan 27 mata kepada Shahril.

"Oleh kerana Shahril tidak beraksi di Zhuhai dan tempatnya digantikan oleh Mohd. Iskandar Raduan, ini bermakna saya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk merebut tempat ketiga keseluruhan.

"Saya tetap yakin dan semoga saya dapat beraksi dengan tenang dan mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan serta tidak dihimpit masalah mekanikal sewaktu perlumbaan."
 
ingt ke ramdan anak misbun sidek tadi..:p
 
Back
Top
Log in Register