TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
RAMDAN tampil hebat untuk menewaskan Arif semalam, sekali gus mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton GP Akhir Kebangsaan.
PEMAIN pelapis perseorangan negara, Misbun Ramdan Misbun mencipta kejutan apabila menewaskan finalis tahun lalu, Mohd. Arif Abdul Latif pada aksi pering- kat Kumpulan C Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Kebangsaan semalam.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Ramdan mara ke peringkat separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan C.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara itu, Ramdan yang juga anak kepada bekas jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek tampil cemerlang apabila membenam cabaran Arif 21-18, 10-21, 22-20.
Sebagai rekod, ia merupakan kemenangan pertama Ramdan ke atas Arif dalam dua pertemuan sebelum ini.
“Saya gembira dengan tahap prestasi saya ketika ini. Sejak bulan lalu, saya merasakan bahawa tahap prestasi saya sudah banyak meningkatkan dan saya harap saya boleh mengekalkannya.
“Selain itu, penyertaan saya pada GP Emas Terbuka Indonesia minggu lalu juga sedikit sebanyak turut membantu meningkatkan prestasi saya,” kata Ramdan.
Kelmarin, Ramdan turut tampil cemerlang apabila melepasi hala- ngan dua lawannya pada pering- kat Kumpulan C apabila mudah membenam cabaran Yeoh Kay Bin 21-10, 21-12 sebelum mengatasi Goh Giap Chin 21-11, 21-15..
Dengan tiga kemenangan yang dicatatkannya, ia sekali gus membolehkan Ramdan untuk bergelar juara Kumpulan C dan seterusnya mara ke peringkat separuh akhir.
Bagaimanapun, laluan getir menanti Ramdan pada aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung hari ini apabila dia terpaksa berdepan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.
Terdahulu, Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia mara ke peringkat separuh akhir apabila mengungguli saingan peringkat Kumpulan A selaku juara.
Selepas mudah melepasi hala- ngan dua lawannya kelmarin, seperti diramal Chong Wei tidak berdepan kesukaran menumbangkan Lok Chong Chieh 21-18, 21-15.
“Saya sedar bahawa berdepan Chong Wei pada peringkat sepa- ruh akhir esok (hari ini) memang bukan suatu yang mudah buat saya tetapi saya akan melakukan yang terbaik dan cuba untuk memberikan tentangan.
“Saya akan menjadikan pertemuan menentang Chong Wei sebagai peluang untuk saya memperbaiki corak permainan saya lagi. Saya sebenarnya teruja untuk menentang Chong Wei,” jelas Ramdan.
Sementara itu, pemain elit negara, Chong Wei Feng turut mengesahkan slot beraksi pada peringkat separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan D.
Dia bakal berdepan Goh Soon Huat yang bergelar juara Kumpulan B pada aksi separuh akhir hari ini.