BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

rambut perang=*****

paradox

Active Member
Messages
1,025
Joined
Mar 20, 2009
Messages
1,025
Reaction score
49
Points
30
Aku pun xtahu kenapa omputih anggap perempuan berambut perang(blonde) ni *****
Banyak gak cerita yang menyokong fakta itu.Ini adalah salah satunya.

Si perang menaiki kapal terbang


Sebuah pesawat sedang dalam perjalanan ke Miami ketika seorang wanita berambut perang di kelas ekonomi bangkit dan bergerak ke tempat duduk di bahagian kelas pertama.

Pramugari nampak dia melakukan hal ini, dan dengan sopan memberitahu perempuan itu supaya duduk di kelas ekonomi kerana itulah jenis tiket dia dibayar.Si perang menjawab,

"Aku perang,aku cantik,aku mahu ke Miami dan aku tetap di sini."

Setelah berulang kali mencuba dan tidak berjaya untuk meyakinkan perempuan itu untuk bergerak, pramugari masuk ke dalam kokpit dan memberitahu pilot dan co-pilot
tentang masalah itu.
Co-pilot pergi kepada perempuan itu dan menjelaskan mengapa dia perlu bergerak, tapi sekali lagi wanita itu menjawab dengan mengatakan,

"Aku perang, aku cantik, aku mahu ke Miami dan aku tetap di sini ."

Co-pilot kembali ke kokpit dan menyarankan bahawa mungkin mereka harus menelefon polis dan menahan wanita itu ketika mereka mendarat. Pilot berkata,

"Dia berambut perang kan? Biar aku uruskan masalah ni.Aku berkahwin dengan seorang wanita berambut perang. Aku faham bahasa mereka."

Dia pergi kepada perempuan itu dan berbisik dengan perlahan di telinganya,lantas perempuan itu berkata,

"Oh, aku minta maaf," lalu dengan cepat dia kembali ke tempat duduknya di kelas ekonomi.

Pramugari dan co-pilot sangat kagum dan bertanya kepadanya apa yang dia bisikkan pada perempuan berambut perang itu.Dengan selamba dia jawab

"Aku beritahu dia kelas pertama tidak akan ke Miami."
 
mcm biasa dgr cerita nih,tapi ni lain sket..
 
angkatkan..nak angkat pun malas
 
memang la...aku transelate je citer ni...thread ni kan bahasa melayu
 
tak tau kenapa bila rambut perang je kena di anggap tak pandai? kesian diorg.
 
ni lawak apa nie..berulang kali aku baca..tak tergelak pon
 
Back
Top
Log in Register