BTC USD 84,634.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ramalan hari kiamat

gold_bakawali

Super Active Member
Messages
6,485
Joined
Feb 26, 2012
Messages
6,485
Reaction score
107
Points
73
download-1_zps3106a720.jpg


images2-3_zps901d951d.jpg



Tidak boleh bagi kita, umat Islam ataupun sesiapa jua manusia untuk meramal hari kiamat kerana ia adalah ghaib dan ia adalah urusan Allah SWT. Hari kiamat hanya Allah saja yang tahu. Ini kerja Allah. Sesiapa jua sama ada malaikat, sekalian rasul malah Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri tidak tahu bila kiamat akan berlaku.

Jadi WAJAR ke kita hamba yang dhoif ni nak ramal kiamat??

Allah berfirman (mafhumnya): “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)


“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)
 
daripada dok pikir hari kiamat.. baik pikir kiamat diri sendiri lagi bagus..

bila malaikat nak tarik nyawa.. aduhai..
 
Alhamdulillah.

Mmg benar kata Allah dalam Quran itu.
Walaupun ada diceritakan tanda2 kiamat akan datang,
tetapi ianya samar2 (dan termasuk sbg mutashabihat).
Ayat yg bro bagi itu, sudah clear, bahawa hatta Nabi sendiri
pun hanya berserah urusan itu pada Allah SWT.
 
maaf saya bertanya...apakah ramalan itu salah???bukan ke ramalan itu dibuat dari sesuatu fakta logik akal...seperti ramalan cuaca...ia di buat berdasarkan fakta serta logik pada akal yang apabila awan mendung yang dikira dari kelajuan angin maka di ramalkan akan hujan pada satu tempat...begitu juga ramalan kiamat....yang mana mereka menjadikan fakta dari tanda-tanda kiamat yang di ambil dari Al quran dan hadith....
maaf saya hanya bertanya...kerana pada saya...ramalan itu hanya dibuat dari logik akal semta-mata yang memang bukan nya pasti kerana itu hanya ramalan seperti mana ramalan cuaca...
 
Back
Top
Log in Register