BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramadan di Xinjiang dicemari

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Penduduk Islam China terutamanya yang tinggal di wilayah Xinjiang, sering berdepan provokasi kerajaan. AFP​

BEIJING 22 Jun – Satu festival bir yang diadakan beberapa hari sebelum permulaan Ramadan di wilayah Xinjiang yang dihuni etnik Uighur Islam, mencetuskan kemarahan kumpulan penduduknya yang kini tinggal dalam buangan.

Laman web kerajaan Niya melaporkan, pertandingan bir yang diadakan pada awal minggu lepas sebelum permulaan Ramadan, dihadiri lebih 60 petani dan penternak muda.

Gambar yang disiarkan juga memaparkan wanita menari di atas pentas dan sekumpulan lelaki meminum bir sebanyak mungkin dalam satu minit.

“Terdapat pelbagai pertandingan bir yang menarik. Hadiah berbentuk wang tunai sebanyak 1,000 yuan (RM600),’’ jelas laman web berkenaan.

Jelas web itu, pertandingan tersebut diadakan bagi menceriakan kehidupan penduduk kampung dan menjamin keharmonian serta kestabilan kampung.

Dalam pada itu, jurucakap Kongres Uigher Dunia, Dilxat Raxit mengutuk pertandingan tersebut.

“Pertandingan itu merupakan provokasi terbuka terhadap Islam,’’ katanya dalam kenyataan.

Media rasmi dan laman web kerajaan Xinjiang mengeluarkan berita dan notis rasmi pada tahun ini yang menggesa anggota Parti Komunis, kakitangan awam, pelajar, dan guru tidak berpuasa. – Reuters
 
diaorg suka sangat bagi org ISLAm kat sana marah..tapi tak boleh buat ape2...
 
harap harap mereka tabah...
 
tunggu bala Allah. Wastainu bissobri wassolah.
 
boleh tak klu muslim kat sana wat tak tau aja ?
Lantak dia ler dia...nak pesta bir ke, nak mandi bir ke..
mudarat pun kat depa juga...!

ke atau muslim kat sana kena paksa minum juga:-?:-?
 
semoga org islam di sana terus tabah dan cekal mengahadapi dugaan camni
 
Aku pun pernah lalui pengalaman yang sama.
Aku pergi melepak dengan satu orang tua, aku panggil uncle je la..non muslim... sebab suka sembang dan bercerita.
Banyak pengalaman dan aku belajar bahasa peribumi dengan dia..

waktu aku datang, dia tengah minum guiness stout. Aku rasa tak selesa.
Dia cakap lembut, dia minta maaf. salah aku jugak datang waktu tu.

haha... tapi dia pun cakap aku... nak sembang meh la.. kamu amik la 100plus ke.. coke ke kat dalam kedai tu..twistis ke,, pakcik tu ada kedai.... so, kami sembang je la macam biasa.... dia tak kacau aku pun dan tak paksa

pelik sebab pakcik ni x sekolah abis pun, tapi dia lebih memahami muslim walaupun tak educated.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register