BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Rakyat Singapura malas mandi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201
6113667680369233373_121.jpg

Rakyat Singapura malas mandi

SINGAPURA – Seorang pengguna TikTok di Singapura mencetuskan perdebatan ramai apabila menegur sikap sebilangan penduduk negara itu yang enggan mandi sebelum menaiki pengangkutan awam.

Wanita bernama Steph Leong menerusi hantarannya meminta warga Singapura terutamanya golongan lelaki milenial dan generasi Z untuk mandi pada waktu pagi sebelum menaiki pengangkutan awam.

Steph berkata, dia berasa tidak tahan dengan bau seolah-olah cadar yang tidak dibasuh selama sebulan dan dipenuhi dengan peluh.

“Mandi pada waktu pagi adalah perkara rutin asas yang anda boleh lakukan sebelum berinteraksi dengan orang ramai sepanjang hari.

“Jika anda bekerja dalam industri makanan dan minuman, bayangkan keadaannya. Saya tidak akan pergi ke restoran itu,” kata Steph.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan ramai yang bersetuju serta tidak kurang yang memberikan alasan berhubung tindakan mereka untuk tidak mandi.

Seorang pengguna TikTok bernama Xinhui tampil menjawab teguran itu dengan berkata, dia enggan mandi pada waktu pagi kerana tidak mahu bangun tidur lebih awal semata-mata untuk mandi.

“Sudahlah tidak cukup tidur, anda semua meminta kami bangun awal pada waktu pagi untuk mandi pula. Itu takkan berlaku.

“Tolong berhenti meminta kami mandi sebelum menaiki pengangkutan awam untuk pergi bekerja,” katanya.

Perdebatan hangat itu sehingga kini telah mencetuskan satu slogan baharu iaitu ‘Mandilah Singapura’. – AGENSI
 
6165428573226253791_109.jpg

Cuma 24 peratus rakyat Singapura mandi sekali sehari

SINGAPURA – Satu kaji selidik baharu mendapati cuma 24 peratus atau kira-kira seorang dalam setiap empat penduduk mandi sekali sehari di Singapura, lapor portal berita MSNews hari ini.

Kaji selidik itu melibatkan seramai 2,188 responden.

Ia mendapati 18 peratus responden mandi malam hari, manakala enam peratus lagi berbuat demikian pada waktu pagi.

Sementara itu, majoriti 70 peratus responden dalam kaji selidik di laman web Answers.sg itu berkata, mereka mandi dua hingga tiga kali sehari.

Sebanyak enam peratus responden pula berkata, mereka tidak mandi selagi badan tidak berbau busuk.

Keputusan tinjauan itu didedahkan selepas netizen berdebat pada Januari lalu berhubung topik orang ramai perlu mandi pada waktu pagi.

Sebanyak 18 peratus lagi berhujah bahawa mereka tidur di bilik berhawa dingin, menyebabkan tidak lagi perlu mandi pada waktu pagi
 
Singapore kan sejuk....sebab tu mereka tak mandi
 
Bkn Singapore la memang cina pagi xmandi pastu br mandi
 
Back
Top
Log in Register