BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat perlu beli dekoder menonton siaran RTM?

rakyat_jelata

Active+ Member
Messages
3,387
Joined
Dec 8, 2008
Messages
3,387
Reaction score
131
Points
38
KUALA TERENGGANU 14 Feb. - Penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mungkin perlu mengeluarkan wang bagi mendapatkan alat penerima liputan atau dekoder selepas pendigitalan stesen televisyen itu dilancarkan menjelang 2012.

Walaupun jenis dekoder berkenaan masih belum ditentukan namun ia dianggarkan berharga antara RM200 hingga RM300.

Bagaimanapun, Kementerian Penerangan menyatakan pihaknya sedang mencari mekanisme untuk memastikan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) disiar secara percuma.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pendigitalan RTM tidak memerlukan rakyat melanggan siaran seperti stesen satelit atau kabel.

''Ia adalah satu isu kecil melibatkan penggunaan dekoder untuk menerima siaran digital ini. Ia merupakan alat yang mampu dibeli. Kita masih belum mengetahui harga sebenar dekoder ini.

''Kerajaan masih belum menimbang sama ada dekoder ini akan dimasukkan ke dalam kos keseluruhan pembinaan infrastruktur pancaran digital," katanya selepas Majlis Penerangan Penstrukturan Semula RTM di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan kini melihat pelbagai pendekatan termasuk mungkin menyediakan dekoder itu secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah.

''Ini supaya semua peringkat rakyat dapat menerima siaran percuma ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, RTM kini lebih memberi fokus kepada kandungan rancangan yang akan disiarkan selepas pendigitalan tersebut yang akan melibatkan kira-kira 19 saluran.

''Kita mahu kebanyakan kandungan program yang disiarkan bercirikan tempatan serta dihasilkan oleh syarikat tempatan," katanya.

Melalui cara itu, katanya, banyak syarikat produksi tempatan dapat beroperasi dan berkembang.

''Tindakan ini juga secara tidak langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri kreatif ini," katanya.
 
buat duit lg sapa yg dpt tender jual dekoder nih :)paid:)paid:)paid
 
aahhahahahhaha

beli dekoder semata mata nak tgk farid ismeth amir ....
 
stakat nak tgk dunia jam 10...malas aku nak beli dekoder...
 
Awat benda nie dok kat section politik lak..:-?
 
Back
Top
Log in Register