BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Patut Tolak PAS

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
ALOR GAJAH: Rakyat patut menolak parti PAS pada pilihan raya umum akan datang berikutan kenyataan kontroversi yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu baru-baru ini dilihat menghina pejuang kemerdekaan dan sebaliknya memuliakan Komunis.

"Dia (Mat Sabu) sepatutnya memohon maaf kepada pejuang negara dan rakyat atas kenyataannya itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Abd Karim Sulaiman di Tanjung Bidara dekat sini, Khamis.

Mohd Ali, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, berkata tanpa pengorbanan pejuang negara terdahulu seperti polis, tentera dan pemimpin, sudah tentu negara tidak mencapai kemerdekaan.

Sementara itu, Abd Karim yang juga Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Melaka, berkata kenyataan Mat Sabu itu tidak boleh dimaafkan kerana perbuatannya itu menyakiti hati pejuang negara. - BERNAMA
 
hangat2 tayik aya,.. minggu depan senyap la.. timbul isu baru lak.. huu
 
tolak PAS jadikan kerajaang langit umNo sbg pemimpin yg maksum kahkahakah
 
klu stakat pasal mt sabu dah nak kena tolak pas, bn lagila patut kena tolak ... apa punyer statement :mad:
 
Yang tolak PAS tu memang hati dah tak dekat dengan Islam
 
umno tu yg patut ditolak,bukan pas
 
umno dok basuh rakyat apa taw. biar rakyat fikir dan nilai sendiri. saya sokong dengan Mat Sabu.
 
banyak sgt makan rendang agaknya ni..... tu yg kuar statement camtu... :))
 
Dgn egonya nak salahkan org lain.....fikiran dah tertutup..hanya terbuka utk diri sendiri dan kroni
 
Fuhhh... Hebat betol senario politik kita ni... Kalah politik negara2 luar....
 
Back
Top
Log in Register