BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat lebih penting

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan pimpinannya lebih memikirkan nasib rakyat untuk terus menikmati pembangunan daripada melayan tekad Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menukar kerajaan'.Perdana Menteri berkata, walaupun sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuk tidak mustahil Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu ke Parlimen namun keutamaan beliau sekarang adalah untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bekerja dengan lebih kuat untuk rakyat.
Beliau mengakui meskipun BN hanya kekurangan lapan kerusi daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan namun kerajaan yang dibentuk ketika ini amat stabil dan kuat.

"Saya tidak kisah sama ada dia menang atau tidak, apa yang saya tahu, saya mempunyai kerajaan untuk bekerja lebih keras dan mengetahui masalah rakyat.

"(Sebenarnya) Tak payah tunggu Anwar, rakyat lebih tahu kami mempunyai sokongan yang kuat... rakyat tahu kami sedang bekerja sebagai kerajaan sehinggalah tiba pilihan raya umum, ketika itu biarlah rakyat buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Taman Tun Hussein Onn di Seberang Jaya di sini hari ini.

Abdullah ditanya oleh seorang wartawan Australia sama ada beliau khuatir sekiranya Anwar menang pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa ini.

Anwar pada sepanjang kempen pilihan raya kecil itu sering menguar-uarkan bahawa kemenangannya pada pilihan raya kecil itu akan dijadikan platform utama kepadanya untuk mempengaruhi sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat BN melompat ke pakatan pembangkang, sekali gus membentuk 'kerajaan baru'.

Pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini, Anwar ditentang oleh calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Abdullah yang kemudiannya ditanya mengenai dakwaan wujud konspirasi dalam tuduhan liwat membabitkan Anwar berkata, kerajaan pimpinan beliau sebenarnya tidak ada masa untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu ditanya tentang tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang melafazkan sumpah tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, Abdullah berkata, timbalannya itu mungkin merasakan tuduhan yang mengaitkan dirinya itu terlalu berat.

Sementara itu, Abdullah mengingatkan pihak yang dijangka cuba membuat kacau pada hari pengundian pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh Selasa ini supaya tidak menyekat suara demokrasi rakyat.

Katanya, beliau mendengar ura-ura ada rancangan kumpulan tertentu mahu membawa ribuan orang luar ke kawasan itu dengan tujuan menyekat pengundi terutamanya penyokong Barisan Nasional (BN) untuk keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.

''Pengundi BN dikatakan akan menghadapi kesusahan kerana jalan-jalan ada halangan dan rintangan. Dengan itu, bilangan yang turun mengundi juga akan menurun.

''Saya harap ini tidak berlaku, kalau kita hendak demokrasi, amalkanlah betul-betul. Jangan hanya hendakkan kemenangan tapi orang lain pula kita susahkan, itu bukan caranya," katanya.

Sebagai seorang president parti jika boleh kata macam tu agak2 nya pak lah sendiri tak yakin yang calon puaka umno boleh menang
 
Anwar dari dulu lagi dah cakap nak memperjuangkan hak rakyat tapi sekarang ni..
paklah guna ayat psikologi tu...mementingkan rakyat..mana tau ada orang terkena..
 
paklah....ooo paklah...
dah la tu...
gi layan jean tu....
toksah ngarut2 lagi...
letih teman mendengor nyer
 
paklah....ooo paklah...
dah la tu...
gi layan jean tu....
toksah ngarut2 lagi...
letih teman mendengor nyer

Petrol Naik, TNB Bising; Petrol Turun, TNB Diam diam
Still remember when government increase the petrol price, TNB straightly make announcement and wanna increase electricity price, and crying to say that profit will be affected! (but share price and analysts think otherwise. ) and also pinpointing at all the IPP.

TNB some more claimed that, if petrol price increase increase, electricity price will increase further..

And, today the price of petrol reduced, but TNB just diam diam..

pak lah suruh ler TNB turun kan dulu...cakap tak serupa bikin
 
entahle tnb ni..time hrga minyak naik pndai bising.
time hrga minyak turun terus diam?
 
entahle tnb ni..time hrga minyak naik pndai bising.
time hrga minyak turun terus diam?

apo kebondo eh stakat tuwun 15cen baik takyah....lobih kuwang yo buek hati tambah paneh lg ado...poe jaha6 samo bn...dh terlambek nk jago ht rakyat....:(scam
 
memang lah rakyat lebih penting..
rakyat bayar cukai, bil air, bil api, tambang teksi, tambang bas, yuran sekolah, tol, cukai keter, cukai hiburan, cukai makan, bayar rege minyak lagi.. ..

pemimpin bi end. free jer..
 
c dollah ni brckp buat org mengantok saja, lgsung tdk berfakta. myk turun 15 sen harga brg tk mgkn turun lg. tiada wawasn lngsung!

dollah oi dollah, letak jawatan!
 
pak lah lidah bercabang ler...loya tengkuk aku..
 
rakyat tu sapo????.... anak menantu kau ke dollah
 
Back
Top
Log in Register