BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakan sempat ajar mengucap

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Rosidi menunjukkan lokasi kemalangan yang mengakibatkan rakannya maut

ALOR SETAR - Seorang pemandu lori maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Gunung Keriang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, motosikal dinaiki mangsa, Kassim Isa, 54, dikatakan dalam perjalanan dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong menuju ke Jalan Sungai Baru, Gunung Keriang bertembung dengan sebuah kereta ketika dia berhenti untuk membelok ke tempat kerjanya di sebuah kedai perkakasan.

Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat manakala pemandu kereta hanya cedera ringan.

Saksi, Rosidi Shuib, 42, yang juga merupakan rakan sekerja mangsa berkata, ketika kejadian , dia bersama beberapa rakan sekerja yang lain berada di tempat kerja bagaimanapun dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat secara tiba-tiba.

“Kemudiannya, kami lihat mangsa terpelanting dan tergolek beberapa kali di atas jalan raya sebelum terjatuh.

“Terkejut dengan kejadian itu, kami segera mendapatkan mangsa untuk mengalihkannya ke kawasan yang lebih selamat malah sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kemalangan sering berlaku di kawasan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan mangsa maut di lokasi kejadian itu manakala pemandu kereta berkenaan hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu cuai sehingga mengakibatkan kematian.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/rakan-sempat-ajar-mengucap-1.143344
 
Katanya, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Yang tu bukan kah saksi dia??

Saksi, Rosidi Shuib, 42, yang juga merupakan rakan sekerja mangsa berkata, ketika kejadian , dia bersama beberapa rakan sekerja yang lain berada di tempat kerja bagaimanapun dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat secara tiba-tiba.
 
Alhamdulillah. Semua terletak pada kebesaran Allah yang maha esa :)
 
Back
Top
Log in Register