honda_primo
Banned
- Messages
- 5,761
- Joined
- Nov 10, 2007
- Messages
- 5,761
- Reaction score
- 25
- Points
- 75
SHAH ALAM: Niat murni seorang lelaki memberi pinjam lori kepada rakan yang baru setahun dikenalinya bertukar igauan ngeri apabila lelaki terbabit menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga kini.
Abdul Aziz Amin, 64, berkata dia memberi pinjam lori satu tan kepada Mat Yusof Ahmad, 43, untuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual makanan dan minuman sekitar bandar raya ini.
Menurutnya, Mat Yusof meminjam lori bernombor pendaftaran BHB 9748 sejak Julai lalu dan menghilangkan diri sejak pertengahan September lalu bersama lori, manakala telefon bimbitnya gagal dihubungi.
“Puas saya mencarinya termasuk ke tempat dia selalu berniaga namun kelibatnya gagal dikesan,” katanya di sini, semalam.
Katanya, selain itu dia mendapat tahu, Mat Yusof dicari beberapa lelaki dipercayai along berdasarkan cara penampilan mereka.
Berikutan itu dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Abdul Aziz meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mat Yusof supaya menghubunginya di alamat No 41, Jalan 17/31 Seksyen 17 Shah Alam atau talian 016-3323411.
kredit to harian metro