miela78
Active+ Member
- Messages
- 3,338
- Joined
- Dec 28, 2008
- Messages
- 3,338
- Reaction score
- 74
- Points
- 30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GRIK: “Kami berdua sudah berenang 200 meter dan hampir sampai ke tebing tasik. Malangnya rakan saya tiba-tiba tenggelam seolah-olah ditarik ke dasar tasik,” kata Wan Zaini Wan Ismail, 32, menceritakan detik cemas apabila bot dinaiki mereka karam di Tasik Bersia, Temengor, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi kelmarin, rakan mangsa, Mohamad Khairu Zaid, 42, (gambar) yang juga siak di Masjid Bersia Lama, gagal diselamatkan dan mayatnya ditemui 10 jam kemudian.
Wan Zaini berkata, mereka sebelum itu menaiki bot gentian kaca berenjin galah di tasik itu untuk ke kebun getah, tetapi enjin bot tiba-tiba mengalami masalah menyebabkan bahagian hadapan bot yang dipenuhi kira-kira 100 benih getah bersama tanah, mula dimasuki air lalu tenggelam.
Katanya, kejadian itu memaksa mereka berenang, tetapi hanya dia sampai ke tebing pangkalan Bersia manakala Mohamad Khairu tenggelam timbul kira-kira enam meter lagi dari tebing tasik.
“Sebaik tiba di tebing, saya terdengar jeritan Mohamad Khairu yang semakin lemah berulang-kali menyatakan dia sudah tidak berupaya lagi berenang sambil meminta pertolongan.
“Tanpa berlengah, saya mencampakkan sebatang buluh yang hampir reput ke dalam air yang kemudian dipegang Wan Zaini, namun ketika cuba menariknya, rakan saya itu tersangkut pada ranting pokok di tepi tasik sebelum tenggelam,” katanya sedih ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Grik, Che Seman Che Soh, berkata gerakan mencari mangsa membabitkan pelbagai pihak berkuasa dan penduduk kampung bermula jam 11 pagi sebelum mayat Mohamad Khairu ditemui tersangkut di celah pokok pada kedalaman 12 meter dalam tasik, tidak jauh dari tempat mangsa tenggelam pada kira-kira jam 6.30 petang.
“Bot yang karam ditemui pada kedalaman 140 meter dalam tasik berkenaan. Kejadian mungkin berpunca bot yang sarat muatan hingga menyebabkannya tidak seimbang,” katanya.