BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakaman video jadi bukti

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PULAU PINANG 7 Sept. - Satu rakaman video cakera padat (VCD) mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu penduduk Kampung Buah Pala bahawa Ketua Menteri akan menyelesaikan masalah kampung tersebut jika pakatan pembangkang menang di Pulau Pinang mula tersebar hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga memberi jaminan dalam tempoh dua minggu selepas pakatan pembangkang menang, wakil kerajaan negeri akan datang ke kampung itu mencari jalan penyelesaian masalah mereka.

Dalam rakaman itu, turut terdapat perbualan di antara Anwar dan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran dan beberapa penduduk yang lain di kampung tersebut beberapa minggu sebelum kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

"Kalau menang, tak kira siapa Ketua Menteri walaupun orang Cina kerana DAP juga kita punya 'geng' dan kita akan pastikan sudah menang dalam dua minggu wakil Ketua Menteri akan datang sini bagi satu penyelesaian.

"Kita punya pandangan dalam PKR, kalau sudah duduk di sini 60, 70 atau 80 tahun dan tanah pula adalah lesen pendudukan sementara (TOL), mereka tak boleh tarik macam itu," kata Anwar dalam rakaman VCD itu.

Dalam pada itu, Sugumaran ketika dihubungi mengesahkan rakaman VCD tersebut dan ia dibuat beberapa minggu sebelum pilihan raya umum tahun lalu sambil menyifatkan janji kosong itu tidak seharusnya dibuat.
 
mana video tu bro?cakap saja tara guna..:)
 
org paper kata...kita tunggu je laa..tak pun kita gi kampung tuh minta dia tayangkan:eek::eek:
 
macam2 boleh buat dan edit ....
hanya org ben*ong akan terima berita bulat2 tanpa siasat ...
 
Dia kata lesen TOL...ada ka???
 
la mmg krajaan negeri nak tolong pun,
developer pun dah offer rumah banglo.

apasal org kg tu tolak?
sibuk cari MIC, sibuk cari UMNO.
sibuk cari Najib,
degil, keras kepala.

last2 semua melepas.
 
Dia kata lesen TOL...ada ka???

aku ade amik tanah TOL 8 ekar... memang ade tanah mcm tu... tapi tanah aku ni ade sijil, bile2 mase kalau kerajaan nak amik tanah ni die kene bagi pampasan.. tapi kalau lepas 10 tahun kalau takde ape2 pojek kerajaan kat tanah aku ni (tanah kerajaan la..) aku boleh mohon geran so jdlah hak milik kekal :):):">
 
kalau vcd tu konpom ada aku pasti lama dah kuar kat buletin tv3 1/4....

menda camnih mana ada dorang nak simpan-simpan..
 
Back
Top
Log in Register