BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakaman video cetus kemarahan

syakirin

Super Active Member
Messages
5,177
Joined
Nov 9, 2012
Messages
5,177
Reaction score
28
Points
70

Selepas lapan hari berlaku protes yang setakat ini mengorbankan hampir 60 nyawa, rakaman video memaparkan penunjuk perasaan dibogelkan, diheret dan dibelasah polis mencetuskan kemarahan baru di kalangan rakyat Mesir.

Hamada Saber, 48, kini di hospital polis, sehari selepas dilihat di kaca televisyen menjadi sasaran serangan polis antirusuhan.


Melalui rakaman video itu, Hamada kelihatan tanpa pakaian, comot dan diserang polis sebelum ditarik ke kereta perisai berhampiran Istana Presiden. Pejabat Presiden Mesir berjanji menjalankan siasatan terhadap insiden itu yang berlaku sejurus selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa mengorbankan orang awam.

Pembangkang menuduh Mohamed Mursi menggunakan kaedah ganas, sama seperti dilakukan pemerintah Mesir sebelum ini Hosni Mubarak.
 
Last edited:
sampai camtu sekali
kejam betol
 
kejam sangat polis anti rusuhan ni...
 
kat malaysia pon ada polis pukul orang ramai ramai :D
 
awat dibogelkan ..
 
Back
Top
Log in Register