eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Misteri muatan sebuah van ditinggalkan berhampiran deretan kedai akhirnya terjawab apabila serbuan penguat kuasa Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan mendapati ia sebenarnya stor mudah alih menyimpan ribuan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah.
Selain merampas van, turut ditahan dalam serbuan itu adalah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai penjaga stor mudah alih itu dan dikatakan sudah beroperasi sejak setahun lalu.
Bagi mengelakkan ia daripada dipecah masuk van jenis Nissan Vanette itu turut dilengkapi sistem penggera canggih untuk memberikan amaran pada pemiliknya, selain turut dipasang dengan jeriji besi pada bahagian ruangan menyimpan barang.
Sekali imbas orang ramai yang melalui kawasan itu tidak menyedari ia adalah stor bergerak berikutan cermin turut ditutup menggunakan kain langsir bagi mengelakkan pihak berkuasa menyedari kandungan dalam kenderaan sengaja ditinggalkan itu.
Dalam serbuan pada jam 3.10 petang kelmarin di Mont Kiara di sini, pemeriksaan dilakukan menemui sejumlah 3,579 DVD cetak rompak berbagai tajuk filem terkini dalam dan luar negara termasuk lucah tanpa perakuan Sijil B.
Ketua operasi serbuan, Nor Azuan Mohd Noor, berkata pihaknya bertindak menyerbu van terbabit selepas mendapat maklumat daripada orang awam serta menjalankan risikan selama beberapa hari dan mendapati kegiatan itu benar-benar wujud.
“Ketika serbuan, seorang lelaki berkelakuan mencurigakan dilihat menghampiri kenderaan terbabit dipercayai untuk mengambil bekalan DVD, kami terus menghampiri dan memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa KDN menyebabkan dia menggelabah,” katanya.