ZueNZ
Fun Poster
- Messages
- 154
- Joined
- Feb 19, 2009
- Messages
- 154
- Reaction score
- 8
- Points
- 15
*Rahsia Huruf Pertama Nama * :-?
Ilmu Firasat
<http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&new_topic=30>Ilmu ada
bermacam-macam. Namun kebiasaannya sesuatu ilmu itu hanya difahami
dengan mendalam oleh yang diberiNya ilmu dalam sesuatu bidang itu. Ada
ilmu yang boleh dibuktikan secara saintifik, ada pula yang tidak mungkin
dapat dibuktikan secara saintifik, atau belum ditemui caranya bagi
membuktikannya secara saintifik. Di ruangan ini saya ingin kongsikan
bersama anda mengenai rahsia-rahsia yang berada pada huruf di pangkal
nama anda. Sebelum ini Megasutra pernah menerbitkan artikel
<http://www..megasutra.com/modules.php?name=News&file=article&sid=534>
yang menyentuh hal yang serupa, tapi dalam bahasa Inggeris, kali ini
dalam bahasa Melayu dan eloklah dibaca kedua-dua artikel ini. Catatan
yang ada dalam artikel ini bukan untuk dipercayai 100%. Ia hanyalah
sebagai bahan untuk menambah pengetahuan kita dan kajian selanjutnya:
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa
hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda..
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan
dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan
rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya
periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya
gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka
juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun
belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan
orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka
berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga
dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J

pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya
gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip
dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan
berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan
menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka
memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria.. Punya banyak idea dan sangat kretif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam
dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk
kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai
dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan
sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang
suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar
menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.
Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika
berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,
mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita
yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang
tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya
boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah
tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani
mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa
terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
*Jika kamu memancing ikan.... *
*Setelah ikan itu terlekat di mata kail, *
*hendaklah kamu mengambil ikan itu.... *
*Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia *
*semula ke dalam air begitu saja.... *
*Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya *
*ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup. *
* *
*Begitulah juga ........ *
*Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN *
*kepada seseorang... *
*Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... *
*Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..... *
*Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu *
*dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... *
* *
*Jika kamu menadah air biarlah berpada, *
*jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... *
*cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. *
*Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... Akhirnya ia dibuang.... *
*Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat
dipergunakan lagi.... *
* *
*Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, *
*TERIMALAH seadanya.... *
*Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu ISTIMEWA.... *
*Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
(
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... *
*akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. *
(
*Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS
hingga ke akhirnya.... *
* *
*Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... *
*yang kamu pasti baik untuk dirimu. *
*Mengenyangkan. Berkhasiat. *
*Mengapa kamu berlengah, *
*cuba mencari makanan yang lain.. *
*Terlalu ingin mengejar kelazatan. *
*Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
MENYESAL. *
* *
*Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti
membawa KEBAIKAN kepada dirimu. *
*MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. *
*Mengapa kamu berlengah, *
*cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. *
*Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. *
*Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. *
*Kamu juga yang akan MENYESAL... *