BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia beg berdarah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Marang, dekat sini, secara berterusan memeluk beg berdarah sepanjang berada dalam kereta gurunya ketika dibawa ke sebuah klinik kesihatan membongkar rahsia ia sebenarnya memuatkan mayat bayi perempuan.

Difahamkan, beg yang turut mengandungi peralatan sekolah itu mulanya tidak mendatangkan syak guru berkenaan sehingga ia dibuka seorang kakitangan klinik kesihatan terbabit, sekali gus membongkar tindakan pelajar tingkatan lima itu melahirkan bayi dalam tandas sekolah itu, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pelajar berkenaan menyembunyikan bayi seberat 3.6 kilogram dalam beg itu menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika pelajar itu ditemui guru terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian itu disedari guru wanita berkenaan sebaik menemui pelajarnya yang berusia 17 tahun itu duduk dalam keadaan bertangkup dan hampir pitam berhampiran tandas sekolah.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dengan alasan kes berkenaan masih dalam siasatan termasuk masih mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kami masih menunggu ketibaan pakar perubatan bagi membantu siasatan. Cuma, saya mengesahkan memang ada kes kematian bayi dalam beg sekolah dilaporkan petang tadi (semalam) dan kes itu kini dikendalikan sepasukan anggota penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.

“Difahamkan, ketika ditemui, pakaian pelajar itu basah kuyup dan dia sempat memberitahu gurunya kononnya paip tandas bocor sebelum dibawa ke klinik kesihatan berhampiran selepas didapati berada dalam keadaan pucat dan hampir pitam,” katanya.

Harian Metro difahamkan, ketika mahu dibawa ke klinik, pelajar itu enggan melepaskan beg sekolahnya walaupun dia hampir pitam sebaik berada dalam kereta, namun guru itu masih tidak mengesyaki apa-apa.

Beg berkenaan hanya diketahui mengandungi mayat bayi apabila kakitangan klinik membukanya dan terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan cukup sifat bersama beberapa kelengkapan sekolah lain.

Difahamkan, pelajar berkenaan dikatakan sering membawa buku, malah dilihat sentiasa memeluk buku rujukan menyebabkan kehamilannya tidak disedari.

Setakat jam 10 malam tadi, pelajar itu masih dirawat di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, sambil ditemani ibunya, manakala mayat anaknya belum dapat dikeluarkan walaupun seorang kakitangan sekolah bersedia menguruskan pengebumian bayi malang itu.
 
3.6kg??
besar gak..
beranak normal lak tu..
makin byk kes2 mcm ni...
 
salah siapa macam ni...takkan nak salahkan mak bapak atau cikgu kot
 
salah siapa macam ni...takkan nak salahkan mak bapak atau cikgu kot

masalahnya selama mengandung tu tak kan tak ada 1 cikgu atau mak bapa yang perasan budak tu ngandung kot ~X(~X(~X(
 
banyak sangat dah kes budak sekolah beranak kat tandas sekolah...elok masa cikgu dalam training tu di ajar cara cara nak kenal budak mengandung ~X(
 
salah siapa ni?
sama ada salah ajaran, salah pemakanan yg meragukan atau salah pendedahan kpd budaya barat yg keterlaluan?
 
salah siapa ni?
sama ada salah ajaran, salah pemakanan yg meragukan atau salah pendedahan kpd budaya barat yg keterlaluan?

Salah teguk air ikut salah mulut kot :))
 
masalahnya selama mengandung tu tak kan tak ada 1 cikgu atau mak bapa yang perasan budak tu ngandung kot ~X(~X(~X(

dulu aku pernah ada sorang kawan..kes macam ni gak

perghhh baik punya cover...kat umah pakai baju besor2

mak pak dia tak pasan langsung walhal dah besor perut dia

aku pun naik pening bila dia minta tolong...takleh nak wat pape

last2 dia lari dari rumah....sian gak kat mak ngan pak dia

sebab dah tua...itu kes 10 tahun lalu

sekarang dia dah ok...anak dah 3
 
salah siapa macam ni...takkan nak salahkan mak bapak atau cikgu kot

masih salah mak bapak kak.....
dosa anak pempuan ditanggung mak bapak selagi tak kawin....
tu yg sedihnya,....lagipun mak bapak skrg tak kisah anak pi mana skrg.....tgh hari balik sekolah taktau pi ke mana, ptg dah dekat maghrib baru nak cari, keesokannya jumpa mayat anak yg lemas kat kolam takungan banjir kat dgn umah (kisah benar thn lepas kat umah sewa aku kat port klang)....cth la mak bapak zaman skrg...
 
Back
Top
Log in Register