BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahmat selesa selepas berhijrah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
pix_gal0


Rahmat

Bekas vokalis Ekamatra nyanyi lagu dakwah

Perjalanan bekas penyanyi kumpulan Ekamatra, Rahmat dalam perjalanan seni cukup panjang. Bermula daripada sebuah band yang ditubuhkan untuk menyertai pertandingan Battle of the Band dan setersunya berpeluang merakamkan album bersama Ekamatra, namun jodoh mereka tidak panjang untuk membawa nama kumpulan ke persada muzik.
Sebaliknya Rahmat terus membawa nama Ekamatra sebagai penyanyi solo dan lagu nyanyiannya dan bersama kumpulan itu masih kekal menjadi malar segar hari ini.

Lagu seperti Pusara Di Lebuh Raya, Kekasihku, Sentuhan Kecundang dan Hanya Segenggam Setia, masih menjadi siulan dan terus segar di hati peminat, tapi bagi Rahmat semua populariti yang diraih tidak lagi menjadi keutamaannya lagi.

Sebaliknya, dia kini menggunakan medium muzik untuk berdakwah. Penghijrahan baginya di luar jangkauan sendiri kerana semuanya berlaku dengan izin Tuhan kerana tidak pernah terfikir untuk melakukan penghijrahan diri.

Perasaan yang membuak-buak untuk mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat membawa dirinya untuk mengikuti pengajian agama.

Jadi sejarah

Baginya, biarlah kehidupan lalu menjadi sejarah dan kini fokus perjalanan seninya adalah untuk berdakwah melalui lagu. Tahun lalu, Rahmat tampil dengan album kerohanian, Semarak Cinta Rasulullah mengandungi lima lagu berbahasa Arab yang diadun semula.

Demi kecintaannya kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Rahmat mengeluarkan album Semarak Cinta Rasulullah 2 yang juga mempunyai lima lagu termasuk lagu Law Kana Bainana (Andai Rasulullah Bersama Kita) yang diadun semula.

“Muzik itu sudah menjadi darah daging, tapi saya mengubah muzik itu menjadi satu alat untuk berdakwah. Jika diikutkan dengan ilmu agama yang ada, memang tidak layak berdakwah tapi saya berharap melalui lagu yang disampaikan ini dapat mengajak peminat untuk lebih mengenali Rasulullah.

“Walaupun album ini berkonsepkan dakwah, saya harap ada peminat dapat menghayati lagu dalam album ini kerana semua sesuai dengan halwa telinga selain menyucikan jiwa dan nurani untuk mengenali Rasulullah dan mendekatkan diri dengan tuhan.

“Jika sebelum ini saya menjadikan penyanyi rock antarabangsa seperti Gun N Rosses sebagai idola tapi selepas penghijrahan ini, saya lihat tiada yang lebih layak dijadikan idola selain Nabi Muhammad. Baginda idola yang hebat dan juga manusia paling berpengaruh di dunia,” katanya.
 
Alhamdulillah. Mudah2an istiqamah. Kami anak muda sokong dengan penghijrahan ini.
 
bagus laa kalu dah berubah ke jalan yang lebih baik....
semoga rahmat sentiasa diredhai Allah s.w.t.
 
semoga tetap pendirian
 
dalam perjalanan ini
menuju destinasi
berbagai lebuhraya dilalui
 
dunia ini penjara untuk org2 yg beriman dan syurga utk org2 kafir...mailah kita sama2 berhijrah ke arah kebaikan dan bkannya berhijrah ke alam jahiliah amiinnnnnnnn
 
bagus la..harap lepas ni banyak nyanyi lagu2 yg baik..
 
Back
Top
Log in Register