BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahim Tawar Jawatan Pemuda

Bekas ketua pemuda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersedia memimpin semula pergerakan itu jika anggota-anggotanya bersedia menerima beliau.

Beliau yang menang jawatan itu pada 1993 tidak sempat memimpin pergerakan itu susulan dakwaan skandal dengan gadis bawah umur dan jawatan itu kemudian dipangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz, kini menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selain menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno, bekas ketua menteri Melaka itu kini pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).

"Seorang ketua Pemuda haruslah tidak mempunyai jawatan dalam kabinet untuk membolehkan mereka menegur pemimpin-pemimpin parti komponen BN," katanya kepada Malaysiakini sebelum menyertai pertemuan Gabem di bangunan PWTC petang ini.

"Banyak pemimpin yang berkaliber, tetapi ahli perlu memilih yang terbaik supaya pergerakan Pemuda Umno menjadi yang terbaik," tambahnya.

Rahim, 56, menegasakan bahawa pemilihan ketua pemuda Umno tidak perlu terikat dengan umur.

Rahim berkata, ketua pemuda seharusnya tidak menjadi ahli kabinet bagi memudahkan menegur pemimpin Umno dan BN.

"Pemuda perlu menjadi pemantau dan penegur kepada parti dan kerajaan," katanya.

Sebelum ini, anak bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan ketua pemuda Umno dalam pemilihan kali ini.

Ketua Pemuda sekarang, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menyatakan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut.

BERTAMBAH TAWAR HATI LER ANAK MUDA NAK MASUK UMNO

:eek: :eek: :eek:

ni pemuda ke apa ni.. umur dah 56 tahun.. :)) :)) :))
 
Kasi cermin yg besor sket kt dia ni..biar dia tau dia muda lg ke x.:eek: :eek:

he he he ade hati lagi tu..........
die ke yang budak bawah umur tu cakap "besar macam botol" tu.?
 
mana leh tahan bro.. stok2 mari semua puteri amno ni.. :)) :))

Klu camtu baik dia bertanding jd Ketua Puteri Ameno jer...:eek:

jd ketua puteri ...boleh petik2 jari jer...:p

# boleh gubal nih..ketua puteri x semestinya pompuan...laki2 ngan tomboy pun boleh aper... Mesia BOLEH!!!:p
 
Aku rasa janggalla kalau dah umur 56 tahun nak panggil PEMUDA..#:-S #:-S takut nanti tak ingat mati pulak...:(
 
Aku rasa janggalla kalau dah umur 56 tahun nak panggil PEMUDA..#:-S #:-S takut nanti tak ingat mati pulak...:(


Pemuda tak leh, keTUA Pemuda tak pe bila TUA...
 
bagus la mcm tu.....
wat masuk org second hand hak rosak..
biar bertambah rosak lg Bee End yang sememangnya sudah hancur
 
Back
Top
Log in Register