BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Radin Era positif COVID-19

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

[email protected]


WhatsApp_Image_2022-02-23_at_05.58.09_1645567660.jpg
Radin mohon maaf kepada semua individu yang berurusan dengannya kerana menjadi kontak rapat. - Foto IG Radin Era





KUALA LUMPUR: Tarikh 22 Februari 2022 mencatat kenangan tersendiri buat penyampai radio, Radin Amir Effendi apabila disahkan positif COVID-19, semalam.

Berkongsi khabar duka menerusi laman Instagram (IG), penyampai radio Era itu berkata, keputusan diperoleh selepas menjalani ujian saringan COVID-19.

"22.2.22 - Hari ini (semalam) orang lain punyalah teruja. Ada bernikah, bersanding, meraikan hari jadi dan ramai juga rakan selebriti menimang cahaya mata. Saya rasa gembira untuk mereka.

"Tetapi, tarikh istimewa ini menduga buat saya selepas disahkan positif COVID-19 apabila membuat ujian RTK (Real Time Kinematic) di sebuah klinik," tulis Radin.


WhatsApp_Image_2022-02-23_at_05.58.19_1645567658.jpg
Radin muat naik khabar duka menerusi IG selepas menerima keputusan ujian saringan COVID-19. - Foto IG Radin Era


Mengulas lanjut keadaan terkini, anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, dia memutuskan membuat ujian saringan selepas mengalami sakit pada bahagian tekak.

"Simptom saya hanya sakit tekak selepas bangun tidur. Selepas buat ujian menggunakan kit kendiri, keputusannya adalah negatif.

"Namun, saya tak sedap hati dan terus menghubungi klinik untuk buat ujian calitan dan keputusannya, positif. Kini, badan baru nak rasa sengal dan sejuk. Tolong jaga diri," pesannya.

Susulan itu, Radin memohon maaf kepada semua individu yang pernah berurusan dengannya kerana menjadi kontak rapat.

"Saya ingin mohon maaf kepada individu yang menjadi kontak rapat. Untuk urusan kerja boleh hubungi pihak pengurusan radio Era atau pengurus peribadi saya.

"Doakan saya," pinta Radin.

Perkongsian itu menarik perhatian dan rakan selebriti seperti Dayang Nurfaizah, Farahdhiya, Indah Ruhaila, Azira Shafinaz, Shiha Zikir dan ramai lagi apabila masing-masing mendoakan agar Radin segera sembuh.
 
Back
Top
Log in Register