eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KAMPUNG RAJA – Percaya atau tidak, pil kuda mengandungi bahan campu-ran utama racun tikus dan serbuk kaca lampu kalimantang.
egawai Agensi Antidadah Kebangsaan (ADDK) Besut, Zulkifli Othman berkata, racun tikus digunakan untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih segera berasa kesannya.
Menurutnya, bahan lain yang turut digunakan ialah serbuk kaca lampu kalimantang, kimia pencuci pakaian (klorok) dan serbuk pencuci lantai serta beberapa bahan kimia lain.
“Penggunaan bahan kimia ini amat berbahaya kepada manusia kerana dalam tempoh tertentu ia boleh menyebabkan kema-tian secara perlahan-lahan kerana otak penagih pil kuda akan berlubang akibat racun tikus dan bahan kimia lain,” katanya.
Zulkifli berkata, racun tikus tidak larut dalam darah tetapi berkumpul dalam kepala menyebabkan pena-gih pil kuda boleh menga-lami kerosakan otak dalam tempoh enam bulan sahaja.
Beliau berkata, masalah pil kuda perlu ditekankan ia kini amat popular di Pantai Timur, termasuk negeri ini yang turut membabitkan pelajar sekolah lelaki dan perempuan.
“Pil kuda tidak menye-babkan penagihnya khayal seperti mengambil dadah tradisional lain, sebaliknya menjadikan mereka seperti ‘superman’ dan telah disalahkan banyak pihak, termasuk pelajar serta mahasiswa, kononnya untuk membantu memudahkan ulang kaji pelajaran, sedangkan mereka akan menerima kesan amat buruk tidak lama selepas itu,” katanya.
Zulkifli turut mengingatkan ibu bapa dan remaja perempuan agar berhati-hati dengan kemunculan dadah yang dikenali dengan pil air kencing kuda dan pil ****.
Menurutnya, pil itu boleh menyebabkan seseorang wanita khayal dan tidak dapat mengawal nafsu seks mereka menyebabkan mudah menyerahkan tubuh kepada lelaki.
“Sehubungan itu, ibu bapa perlu memantau pergerakan anak gadis mereka supaya tidak keluar dengan orang tidak dikenali.
“Manakala remaja wanita sendiri diminta tidak mudah menerima pujuk untuk minum dengan lelaki baru dikenali kerana dadah dicampurkan dalam minu-man itu digunakan lelaki tidak bertanggungjawab untuk merogol mangsa,” katanya.
Zulkifli berkata, pil merangsang nafsu wanita yang tujuannya digunakan untuk merangsang seks **** betina mengawan dengan induk jantan oleh penternak ****, terutama di Thailand, dipercayai sudah berada dalam pasaran gelap di daerah ini.