BTC USD 85,703.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying Quick-Get-Rich Program Malaysian Made - Eukgold.com

tuh kan hosting provider nyer phone/fax number aje.. tak membuktikan ape2 pon..

mmg xakan dpat jumpa pnye.. coz admin gne privacy protected domain... :(scam
 
JAGA JAGA ADMIN CG RASUAH SILAP HARI BULAN KAU PUN DIA AKAN LETAK DEKAT SCAM

:(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam
 
OI MANGKUK BACA NI..

KUALA LUMPUR 13 April – Skim-skim pelaburan Internet yang difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam sebenarnya bukan berpangkalan di luar negara sebagaimana digembar-gemburkan, sebaliknya diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati skim tersebut yang diuar-uarkan mendapat pengiktirafan di peringkat global, cuma beroperasi dari negara ini semata-mata.

Malah lebih malang lagi, maklumat dalam laman-laman web tersebut termasuk kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, offshore dan saham-saham lain juga adalah rekaan semata-mata.

Siasatan Utusan Malaysia yang dilakukan oleh pakar-pakar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mengesahkan bahawa hampir kesemua laman-laman web yang mendakwa sebagai menyediakan pulangan besar daripada pelaburan rendah, sebenarnya suatu aktiviti pengumpulan wang deposit secara haram yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Fakta penting diperoleh daripada siasatan menerusi laman web rujukan www.domanintools.com itu ialah kebanyakan laman web pelaburan skim cepat kaya didaftarkan dengan pengelola web di Amerika Syarikat (AS) oleh pemilik yang beralamat di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Seri Kembangan.

Bagaimanapun, beberapa lagi laman web yang popular di kalangan rakyat Malaysia didapati didaftarkan di bawah nama pemilik proksi beralamat di AS.

Siasatan menerusi laman web rujukan www.alexa.com pula mendedahkan semua 16 laman web yang disiasat didominasi oleh pengunjung dari Malaysia dengan kadar setinggi 98.5 peratus.

Laman-laman web yang disiasat ialah winlifund.com, iluf.biz, buyebarrel.us, buyebarrel.com, eaindex.com, swisscash.net, e-investpro.com, ugifund.com, eukgold.com, a3union.com, smartindex.us, abfund.us, fical.us, globalforex.biz, swedenfund.com, dan al-arabic.com.

Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin memberitahu Utusan Malaysia, persatuan itu turut mendapat maklumat yang sama bahawa kebanyakan laman web yang digambarkan sebagai berpangkalan di AS itu sebenarnya dikendalikan rakyat Malaysia sendiri.

Katanya, ini membuktikan wujud penipuan di kalangan pengendali laman-laman web tersebut yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang ICT terutama kemahiran pembinaan laman web.

“Kita sedih kerana pakar-pakar ICT memberitahu PPIM bahawa kebanyakan laman web skim pelaburan Internet didalangi oleh mereka yang bukan Islam sedangkan mangsa-mangsa adalah umat Islam.

“Sehubungan itu, PPIM ingin menyeru umat Islam supaya menjauhi skim-skim seperti ini yang sudah ternyata salah di sisi Islam, malah telah pun difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke-77 di Kuala Terengganu memutuskan bahawa skim-skim pelaburan melalui Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda secara tetap adalah haram kerana berunsur riba.

Berdasarkan siasatan oleh pakar-pakar IT juga menunjukkan bahawa pengendali web mengaburi mata pelabur atau mangsa dengan pelbagai imej meyakinkan di paparan web mereka termasuk meletakkan logo-logo bank dan langganan perkhidmatan Telegraphic Transfer (TT) untuk dijadikan sebagai ‘bukti pengiktirafan’ terhadap aktiviti mereka.

Mengenai jumlah pengunjung dari Malaysia yang mendominasikan semua laman web yang disiasat, ia adalah petunjuk bahawa laman-laman itu tidak dikenali oleh rakyat negara lain kecuali terlalu sedikit dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Kemasukan pengunjung web dari kedua-dua negara jiran itu dipercayai dipengaruhi faktor geografi yang mana ia disebarluaskan oleh rakyat Malaysia sendiri secara lisan mahu pun e-mel.

Ada di antara laman-laman web itu tersenarai dalam Top 100 Web Site (berdasarkan rujukan dari alexa.com) yang dikunjungi rakyat Malaysia.

Pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif Universiti Teknologi Mara, Prof. Madya Dianne Cheong Lee Mei, mengakui mengenai gejala itu dan menyifatkan ia sebagai jenayah siber yang harus ditangani dengan serius oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, pengendali-pengendali laman web skim pelaburan Internet itu bertopengkan imej yang menggambarkan seolah-olah mereka berpangkalan di luar negara dan diurus oleh pegawai-pegawai bertauliah serta berwibawa dalam perniagaan.

“Selalunya pengguna-pengguna Internet di Malaysia tidak pernah ambil tahu, apatah lagi menyiasat dan memeriksa siapakah sebenarnya pemilik sesebuah laman web sehinggakan mereka mempercayai maklumat di dalamnya secara membuta tuli.

“Masalahnya di negara ini, apabila ada yang menjadi mangsa akibat penipuan skim-skim Internet, tidak ramai yang tampil untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, siasatan juga mendapati, terdapat sebuah pelayan (server) kepada satu laman web pelaburan skim cepat kaya berasaskan Internet yang sudah pun memiliki beberapa laman web baru di pelayan yang sama dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi.

Antara laman web pelaburan yang dijangka akan dilancarkan bila-bila masa ialah emxfund.com dan dnfund.net




UTUSAN MALAYSIA.....
HARI INI........
 
saham internet.. keluar lagi kat surat khbar berita mingguan.. datuk najib pon dah thu la..wakkaka
 
Sape2 trader ukgold kat sini yg trima e-cash eukgold , sila pm aku psl aku nak tolak e-cash aku. rate blh kawtim , tq
 
Masih on lagi tapi sapa2 yang boleh w/drwal tu cepat-cepat lah...withdrwal. Jgan dok simpan e-point lagi
 
jualbeli epoint tidak dibenarkan di forum ini.
 
Back
Top
Log in Register