Petikan penjelasan USTAZ AHMAD SHUKRI :
Hukum perlaburan menerusi internet adalah sah di sisi Islam . Ini berdasarkan beberapa dalil dari hadis nabi yang menyatakan bahawa pada saat nanti akan datang satu perubahan yang " jauh menjadi dekat" begitu juga dalil al-quran yang menyebut pada akhir zaman "sesuatu yang jauh akan menjadi dekat ". Ini menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman . Perubahan ini sekali gus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih. Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang bisnuesman berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria membawa barang dagangan siti Khadijah , adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana. Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas alat tulis dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptnya telipon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan untuk berurus niaga, sehingga ke satu tahap ia akhirnya boleh berhubung di seluruh dunia. Setelah itu muncul pula faxs pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima yang beberapa saat yang sehingga saat ini ia di gunakan . Kemudian muncul pula telifon bimbit serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui SMS dengan cepat dan pantas . Dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar samana ada urusan peribadi, perniagaan danm sebagainya. Oleh yang demikian hukum pelaburan menggunakan internet adalah sah sekaligus sebagai sangghan untuk Dr Asri Mufti Perlis . Oleh yang demikian kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro adalah keterlaluan . Ingin saya nyatakan ." Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononya memakan harta Riba "? Apakah Mufti perlis bersubahat dengan akhbar harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhnya ekonomi umat Islam . Sebagai satu contoh 2 kes : Kes pertama Kisah susu IGG yang terkenal, apabila berlaku keracunan yang katanya berpunca daripada air susu Harian Metro mengeluarkan kenyataan sehingga bisnues susu IGG menundum. Kes kedua : Propolis Gold yang satu ketika memuncak tiba-tiba di kejutkan adanya alkohol padahal minyak cap kapak pun ada alkohol. Apakah mereka ini tidak tahu permainan akhbar ??????. Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan , mengkaji, pergi ketempat tersebut, bertanya kepada pemilik , atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di internet.?? atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan ?. Ingin saya mengajak saudara melihat bagaimana Rasulullah mengambil hukum , pada satu ketika Rasulullah melihat dengan mata kepala sendiri peniaga mencampurkan tamar yang kering dengan yang basah, kemudian barulah Rasulullah menasihatnya. Apakah mereka yang mengatakan haram berbuat demikian.?
Kita sebenarnya tidak tahu mungkin pada masa akan datang ada teknologi yang lebih canggih daripada internet. Bagi saya mereka bukan berniaga di INTERNET tetapi INTERNET adalah satu sistem , atau satu jaringan , atau jambatan , atau jalan yang menghubungan dengan dunia luar dengan lebih cepat dan pantas dan selamat. Bahkan kita sendiri boleh memindahkan wang ke Maybank To u . Berdasarkan kajian saya, semua perniagaan yang berada di internet adalah jelas cuma kita tidak tahu, sebab kita tidak terlibat secara langsung , kita hanya berada " di luar " kita hanya " menjenguk " atau " mengintai ". Banyak timbul persoalan tentang perlaburan antaranya :
1. Perniagaan yang tidak jelas.?
Jawapan : Bagi saya yang melihat kesemua lama web menyatakan jenis perniagaan telah di jelaskan dan nyata.Penjelesan dan kenyataan tidak perlu secara tadqiq atau detil , cukup sekadar apa jenis perniagaan sebagai contoh, minyak , gas, projek, pertukaran mata wang dan sebagainya. Bahkan bank di Malysia yang tempat kita menyimpan wang setiap tidak menyakan apakah bentuk perniagaan ,seperti yang di sebut pelabruan di dalam internet, jikalau menerut hukum tidak sah menyimpan di bank sebab tidak di nyatakan bentuk perniagaan .
Fikir-fikirkanlah....