BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Qualcomm Mengesahkan Cip Snapdragon X Turut Bakal Menguasakan Komputer Desktop

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Qualcomm hari ini memperkenalkan cip Snapdragon X Plus 8-teras, yang akan hadir bersama-sama sejumlah komputer riba. Menariknya, cip berkenaan bukan terhad kepada komputer riba sahaja, dan turut akan menawarkan sokongan kepada pelbagai versi komputer.

Snapdragon-XPlus-950x534.jpg.webp


Ini termasuk komputer bersaiz mini dan juga komputer desktop. Langkah ini sekaligus membuatkan cip dibawah siri Snapdragon X bukan sekadar untuk komputer riba, tetapi turut boleh menguasakan komputer destkop untuk tugasan lebih berat. Buat masa ini, tiada sebarang rakan kerjasama diumumkan. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat – apatah lagi sekitar hujung tahun yang Qualcomm akan berkongsi pelbagai perkembangan syarikat mereka.​
 
Qualcomm Perkenal Cip 8-Teras, Snapdragon X Plus Dengan Fokus Terhadap CoPilot+ PC

Qualcomm sedia menawarkan cip Snapdragon X untuk komputer riba Windows, sekaligus menawarkan sokongan masa penggunaan bateri yang lama tanpa mengorbankan prestasi penggunaan Windows. Terbaru, hari ini Qualcomm menambah portfolio penawaran cip Snapdragon X mereka, dengan memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka yang membawakan rekaan 8-teras, iaitu Snapdragon X Plus.

Snapdragon-X-Plus-950x534.jpg.webp


Cip ini akan menguasakan komputer riba Windows, sekaligus turut menawarkan pengalaman kecerdasan buatan janaan CoPilot+ PC yang baik kepada pengguna melalui komputer riba yang menggunakan cip ini. Cip ini menggunakan binaan 4nm.

Qualcomm mengatakan penggunaan rekaan lapan teras pada cip ini menawarkan prestasi CPU 61% lebih pantas, selain membolehkan komputer riba berkenaan dihubungkan kepada sehingga tiga monitor melalui kuasa GPU pada cip tersebut.

Cip ini turut disertakan bersama teras pemprosesan NPU 45 TOPS, sekaligus menawarkan pengalaman yang baik ketika penggunaan kecerdasan buatan.

Snapdragon-X-Plus-8-Teras-950x537.png.webp


Qualcomm mengatakan komputer riba yang menggunakan cip Snapdragon X Plus ini akan hadir ke pasaran dalam masa terdekat. Komputer riba yang bakal ditawarkan juga dijangka berharga lebih rendah dan kompetitif berbanding yang lain di pasaran.​
 
Back
Top
Log in Register