BTC USD 81,583.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Qotak - Simple Sharing Server

rodaira

Active Member
Messages
1,677
Joined
Apr 13, 2007
Messages
1,677
Reaction score
312
Points
41
Fuhh..setelah lama menghilangkan diri. Kini aku dtg lagi dengan Qotak. Lama dah aku tak 'mengupdatekan' diri kat CG ni. Qotak dah digantikan dengan stail dan sistem baru yang mana kesemuanya berasaskan perisian sumber terbuka.

Secara ringkasnya, Qotak merupakan servis penyimpanan dan perkongsian online. Kami gelarkannya Simple Sharing Server.

Perkhidmatan lain hanya menyediakan sistem simpanan online semata-mata tetapi Qotak lebih dari sekadar itu. Ada pelbagai ciri menarik Qotak! Apabila pertama kali mereka mencubanya, mereka jatuh hati dengannya!

Pelbagai Fail, Satu Akaun.

Kita benci apabila terpaksa menggunakan pelbagai servis di luar sana yang hanya menerima satu jenis fail sahaja. Yang mana, akhirnya kita sendiri akan keliru bagaimana hendak menguruskan pelbagai fail dengan akaun berbeza.

satu-akaun.jpg

Bayangkan, ada laman web yang hanya menerima muat naik video sahaja. Ada pula yang boleh menerima foto sahaja dan senarai ini berterusan tanpa henti! Ia seperti menggunakan kalkulator hanya untuk mengira, kalendar hanya untuk tarikh tapi sedar atau tidak semua ini boleh didapati dari smartphone. Ia kecil, pelbagai fungsi dan mudah di bawa.

Dengan Qotak, anda boleh menyimpan semua jenis fail di sini, hanya dari satu akaun. Ia semudah itu.

Nikmati Musik Secara Langsung.

Tidak seperti servis lain yang memaksa anda menunggu sehingga countdown selesai dan kemudian barulah boleh memuat turun — kami tidak begitu.

mainkan-musik.jpg

Secara jujurnya, siapa yang sanggup menghabiskan masa terlalu lama semata-mata untuk memuat turun lagu? Katakanlah, untuk satu lagu anda perlu menunggu 1 minit dan 30 saat. Maka, untuk 10 lagu anda telah bazirkan 15 minit dalam hidup anda. Ya, itu baru 10 lagu…kalau 100 lagu bagaimana?
Dengan memuat naik fail MP3 ke Qotak, anda boleh terus mendengar lagu itu secara langsung. Namun, jika anda ingin mendengarnya secara offline hanya muat turun failnya seperti biasa. Tiada countdown.

Previu Terus Koleksi Foto Anda.

Setiap dari kita sudah semestinya mempunyai koleksi simpanan foto. Apa yang menarik, setiap album foto di akaun Qotak anda akan dipaparkan dalam bentuk thumbnail melalui aplikasi Gallery.

previu-foto.jpg

Qotak tidak memaksa anda berkongsi foto pada seluruh dunia seperti mana sesetengah servis di luar sana. Servis sebegini bukan sahaja menyukarkan simpanan gambar peribadi bahkan kadangkala foto kita itu disalah gunakan oleh pihak berniat jahat.

Melalui sistem perkongsian Qotak, anda boleh berkongsi kepada pengguna atau kumpulan tertentu. Ya, juga kepada umum jika anda mahu.

Bina Kumpulan Anda.

Antara ciri unik Qotak adalah anda boleh mencipta akaun pengguna dan memasukkan mereka kepada kumpulan tertentu.

bina-kumpulan.jpg

Ciri kumpulan dan pengguna Qotak bukan sahaja memudahkan anda mengawal akses sistem simpanan anda. Malah membantu anda mengurus dan berkongsi fail dengan lebih baik.

Anda juga boleh menghadkan saiz simpanan tertentu pada pengguna yang berada bawah kawalan anda. Amat membantu, bukan?.

Kawalan Akses.

Salah satu menjadi masalah kita apabila menggunakan perkongsian online adalah isu privasi. Pendek kata, kadangkala kita tidak boleh menghadkan kepada siapa fail kita itu ingin dikongsi.

kawalan-perkongsian1.jpg

Sebab itu, kita berdepan dengan banyak perkongsian online yang hanya membenarkan simpanan diakses oleh umum atau simpanan yang terlalu peribadi sehingga agak sukar dikongsi dengan orang lain.

Setiap fail atau folder dalam Qotak, anda yang tentukan sama ada ia boleh diakses oleh anda sendiri. Atau pada pengguna dan kumpulan tertentu. Jika anda ingin kongsikan pada dunia, ia juga boleh dilakukan dengan link khas.


Tutorial.

PS...Projek ni aku buat dgn kawan aku scr kecil-kecilan..jd apa-apa yg kurang mohon dimaafkan :">
 
Last edited:
macam deropbox? menarik bule try apply geran craddle
 
wow.. hebat nih... meh saya torai satu slot..
 
yg ni psti aku nk cuba sbb aku percayakan privasi kt qotak ni!
saya mesti pilih :D
 
bro ni beta version ke? agak2 release ke umum tak?
klo ye, boleh masuk amanz.my ni..
 
Back
Top
Log in Register