eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
DOHA 2 Nov. - Sebuah filem epik kisah Nabi Muhammad SAW yang mendapat sokongan penerbit filem The Lord of the Rings dan The Matrix sedang dirancangkan dengan tujuan untuk 'merapatkan jurang antara budaya'.
Penggambaran filem berbahasa Inggeris dengan bajet AS$150 juta (RM510 juta) itu dijadual bermula pada 2011 dan Barrie Osborne dari Amerika Syarikat (AS) akan menjadi penerbitnya, menurut syarikat media Qatar, Alnoor Holdings semalam.
Filem tersebut yang tidak akan menunjukkan watak Nabi Muhammad SAW sebagai mematuhi larangan dalam agama Islam, kini dalam proses pembangunan dan rundingan sedang dijalankan dengan pihak studio, agensi pencari bakat dan pengedar di AS dan Britain.
Osborne memberitahu Reuters, filem itu akan menjadi 'sebuah terbitan epik antarabangsa dengan tujuan untuk merapatkan jurang antara budaya'.
"Filem ini akan mendidik penonton mengenai maksud sebenar agama Islam," kata beliau.
Alnoor mahu menarik 'bakat-bakat antarabangsa terbaik' untuk membintangi filem berkenaan.
Syarikat Qatar tersebut ditubuhkan tahun ini untuk mengambil kesempatan daripada peluang dalam sektor hiburan, dengan fokus kepada penerbitan filem antarabangsa, penerbitan filem Arab serta animasi, dan mahu membeli aset-aset bermasalah dalam industri filem AS dan Britain.
Naib Presiden Alnoor bagi projek antarabangsa, Raja Sharif berkata, beliau menjangka perjanjian dimeterai pada tahun depan.
Menurut beliau, Alnoor tidak berminat dengan studio besar tetapi sasarannya ialah pengedar, ejen jualan dan kemungkinan juga, kemudahan penerbitan dan pasca penerbitan.
Qatar yang merupakan pengeksport terbesar gas asli cecair di dunia bercita-cita untuk menjadi pusat kebudayaan di Asia Barat.
Awal minggu ini, negara itu menganjurkan Festival Filem Doha Tribeca yang pertama, dengan dihadiri oleh penerbit filem, bintang filem, ejen dan pengedar di peringkat serantau dan antarabangsa. - Reuters