balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PYONGYANG - KOREA UTARA. Korea Utara mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Barack Obama membuat tuduhan melulu mendakwa Pyongyang mendalangi serangan siber.
"Kami bersedia sepenuhnya untuk berkonfrontasi dengan AS dalam semua situasi termasuk peperangan siber," menurut Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara lapor AFP.
Sebelum ini, Washington menuduh Pyongyang melancarkan serangan siber hingga menyebabkan Sony Picture terpaksa membatalkan tayangan filem kontroversi, The Interview yang dijadualkan pada Khamis ini.
Dakwaan itu dibuat selepas Biro Penyiasatan Kebangsaan (FBI) mendakwa mereka mempunyai bukti Pyongyang melakukan penggodaman itu walaupun Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menafikan dakwaan tersebut.Bernama