BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puteri Aishah disangka doktor

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,257
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,257
Reaction score
1,662
Points
201
Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Aishah Sulaiman, 27, tidak pernah ambil peduli dengan apa saja pandangan negatif segelintir orang terhadapnya ketika menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) kerana mereka tidak tahu berapa lama tugasannya di PPV itu.
aishappvpkl1_1629604807.jpg
"Mereka tak tahu pun berapa lama waktu kita sebagai sukarelawan bertugas di PPV. Malah, ramai juga yang tak perasan dengan kehadiran saya. Malah, jika ada hari dapat balik awal itu bermakna jumlah sukarelawan yang ada sudah ramai. Jadi, khidmat kita tidak diperlukan sangat," katanya.
Puteri berkata, netizen tidak boleh mempersoalkan golongan selebriti hanya mahu bergambar ketika menjadi sukarelawan kerana ia adalah perbuatan normal.

"Di mana-mana majlis atau tempat pun kadang-kadang kita mesti bergambar. Bila orang tengok pula gambar yang kita kongsikan di media sosial, saya yakin ia dapat menggalakkan orang awam yang lain datang untuk mengambil suntikan vaksin," katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya sebagai sukarelawan di PPV, Puteri berkata, dia pernah disangka doktor oleh penerima vaksin.

Puteri berkata, ia menjadi antara kenangan terindah buatnya sebagai sukarelawan tanpa orang mengenali dia seorang selebriti.

Katanya, ketika itu dia bertugas di kaunter untuk memasukkan nama penerima yang hadir.

"Walaupun saya sedar perlu merisikokan keselamatan diri kerana terdedah dengan orang ramai di PPV pada ketika krisis pandemik Covid-19 masih menular ini, namun menjadi sukarelawan sangat menyeronokkan.

"Apatah lagi, saya tertarik jadi sukarelawan untuk membantu petugas barisan hadapan kita. Ditambah pula, dapat rezeki bertugas di PPV iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dan KLCC dari Jun hingga Julai lalu," katanya.

Menurut Puteri, dalam keadaan berbahaya sekarang dia mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan mengutamakan aspek seperti sentiasa sanitasi tangan, memakai pelitup muka dan face shield.

Katanya pengalaman yang ditimba ketika menjadi sukarelawan di PPV adalah sangat bermakna.
 
Back
Top
Log in Register