BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Putera William bermalam di jalanan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LONDON 23 Dis. – Putera William meluangkan masa selama semalaman untuk tidur di jalanan dengan cuaca yang sangat sejuk di bandar raya ini bagi menarik perhatian tentang keperitan yang dialami golongan yang tidak mempunyai rumah.

William yang merupakan pewaris kedua takhta selepas ayahnya, Putera Charles hanya tidur beralas kotak di lorong berhampiran River Thames pada suhu negatif empat darjah Celsius minggu lalu.

“Beliau melakukannya tanpa sebarang perlindungan daripada kesejukan dan daripada golongan penagih dadah, bapa-bapa ayam dan samseng jalanan,” kata ketua eksekutif rumah kebajikan Centrepoint, Seyi Obakin yang menemani William.

Menurut Obakin, putera ini `berazam’ untuk memahami kesemua masalah yang dihadapi oleh golongan ini. – AFF
 
dasat la...kekkeke...sehari jer???
 
kita tunggu la mana2 putera dari Istana kat Malaya ni turun padang time2 jam kat ibukota ke sekali. tak pun tumpang tinggal dengan keluarga yang berada di bawah tahap kemiskinan tegar. kita tgk berapa hari tahan... :-|
 
ala... suruh putera dari Istana kat Malaya tu naik bas express je dari JB ke Penang. boleh tahan tak?
 
kita tunggu la mana2 putera dari Istana kat Malaya ni turun padang time2 jam kat ibukota ke sekali. tak pun tumpang tinggal dengan keluarga yang berada di bawah tahap kemiskinan tegar. kita tgk berapa hari tahan... :-|

suruh pak-pak menteri tu pun ok gak,rasa perit rakyatnye, baru jadik rakyat didahulukan..klu buat ni siap sume wartawan duk seberang jln nk report kt surat kabo memasing.
 
xkanla xde perlindungan langsung...pewaris takhta tu..klo dalam movie aku percaya la
 
Back
Top
Log in Register