eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LONDON: Putera Charles meminjam hampir £3,000 (RM16,619.99) daripada pengawalnya selepas beliau tidak cukup wang tunai untuk 'berbelanja ketika lawatan.'
Pewaris takhta Britain itu membayar semula £2,744.34 (RM15,204.88) kepada anggota keselamatan itu selepas mereka mengeluarkan wang untuk membayar tiket penerbangan ke luar negara, menurut akhbar, The Independent.
Wang itu dibayar Clarence House pada Disember 2007 dan Scotland Yard menunaikan cek itu beberapa hari kemudian, kata akhbar memetik satu dokumen.
Bulan sebelumnya, putera itu dan isterinya Camilla, Duchess of Cornwall, melawat Turki dan Uganda.
Jurucakap Scotland Yard berkata, pengawal keselamatan sering meminjamkan wang kepada VIP yang dilindungi mereka, walaupun beliau tidak mengesahkan insiden pada 2007.
"Dalam beberapa kes dan jika ada keperluan, pegawai mengeluarkan belanja bagi individu tertentu yang kemudian dibayar balik," kata jurucakap kepada akhbar. Jurucakap putera itu enggan mengulas.
Ken Wharfe, bekas pegawai mendiang Puteri Diana, berkata meminjamkan wang adalah biasa baginya dan rakannya dan tiada apa 'yang perlu dimalukan.' – Agensi