eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MONTREAL 11 Nov. - Putera Charles dan isterinya, Camilla dilempar dengan telur dan teriakan 'Tuanku balik rumah!' daripada sekumpulan penunjuk perasaan anti-kerabat raja, yang menyekat laluan ke kubu tentera yang mereka lawati, di sini semalam.
Pasangan diraja itu tidak cedera atau dicomotkan semasa peristiwa tersebut, tetapi perlu dikawal rapi ke arah pintu belakang kubu, lokasi Putera Charles menghadiahkan warna baru kepada Black Watch Canada (Rejimen Diraja Tanah Tinggi) yang dikuasai beliau.
Lebih 200 penunjuk perasaan membawa sepanduk mendesak pemisahan Montreal dan Quebec daripada Komenwel Britain, berkerumun di luar kubu tersebut dikelilingi polis anti rusuhan yang terpaksa mendapatkan bantuan untuk menyuraikan keadaan.
Telur juga dilemparkan ke arah polis yang menahan tiga orang untuk disoal siasat, sebelum memaksa penunjuk perasaan berundur 100 meter dari bangunan tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Putera Charles yang lengkap beruniform Black Watch dan Duchess of Cornwell dikawal ke pintu masuk belakang, melangkaui upacara sambutan mewah yang telah disediakan untuk mereka.
Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh Rangkaian Penentang Quebecois, yang telah menentang pemerintahan Britan ke atas Kanada sejak dua setengah abad yang lalu. - AFP