BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Putera Andrew lepas semua gelaran diraja

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,466
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,466
Reaction score
279
Points
146
3312646.webp

Putera Andrew lepas semua gelaran diraja termasuk gelaran Duke of York.

LONDON – Putera Andrew melepaskan semua gelaran diraja termasuk gelaran Duke of York selepas mengadakan perbincangan dengan Raja Charles, lapor BBC News.

Dalam satu kenyataan, Putera Andrew berkata, tuduhan berterusan terhadap dirinya telah mengalihkan tumpuan daripada tugas rasmi raja dan keluarga diraja.

Beliau bagaimanapun kekal bergelar putera, namun tidak lagi memegang gelaran Duke of York yang dianugerahkan oleh mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II, selain melepaskan keanggotaan dalam Order of the Garter, anugerah kesatriaan tertua dan tertinggi di Britain.

Putera Andrew berdepan tekanan berterusan susulan hubungannya dengan pesalah seks terkenal, mendiang Jeffrey Epstein.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan: “Saya menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan terhadap saya.”

Bekas isterinya, Sarah Ferguson, juga tidak lagi dikenali sebagai Duchess of York, namun dua anak perempuan mereka, Beatrice dan Eugenie kekal menggunakan gelaran puteri.

Sementara itu, abang kepada Virginia Giuffre, wanita yang mendakwa pernah dipaksa melakukan hubungan seks dengan Putera Andrew di rumah Ghislaine Maxwell ketika berusia 17 tahun memberitahu program BBC Newsnight bahawa keputusan itu merupakan 'detik menggembirakan' bagi mangsa-mangsa Epstein.

Menurut laporan sama, Giuffre dilaporkan meninggal dunia akibat bunuh diri awal tahun ini.

 
Back
Top
Log in Register