BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat Reka Bentuk

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


AZIZAH MOHD. DUN (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada pegawai MRM sempena perasmian Pusat Reka Bentuk Sejagat @ JKM-MRM di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor, semalam. UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI​

KUALA LUMPUR 23 Mac – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama menubuhkan Pusat Reka Bentuk Sejagat @ JKM-MRM yang pertama di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pusat tersebut bertujuan meluaskan konsep penggunaan produk reka bentuk sejagat menerusi penghasilan pelbagai produk baharu yang mempunyai ciri tersebut.

“Penubuhan pusat tersebut selari dengan komitmen kerajaan untuk mempromosi dan menjalankan penyelidikan serta pembangunan ke atas produk, perkhidmatan, peralatan dan kemudahan berkonsepkan reka bentuk sejagat.

“Produk berkenaan dilihat bersesuaian untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur dan keupayaan selain menggalakkan pengusaha menghasilkan pelbagai produk pilihan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pusat Reka Bentuk Sejagat @ JKM-MRM, di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Azizah Mohd. Dun dan turut dihadiri oleh Menteri MOSTI, Datuk Dr. Ewon Ebin; Ketua Pengarah JKM, Datuk Noraini Mohd. Hashim dan Pengarah Kanan MRM, Futom Shikh Jaafar.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, penubuhan pusat tersebut juga selaras dengan permintaan tinggi terhadap produk-produk yang bercirikan reka bentuk sejagat seperti peralatan rumah serta pejabat terutamanya daripada golongan OKU dan warga emas.

Sementara itu, Ewon berkata, bidang kreativiti dan inovasi perlu diberi perhatian penuh oleh semua pihak sebagai persediaan untuk Malaysia mencapai negara maju pada tahun 2020.

Katanya, sokongan daripada sektor swasta dan perindustrian boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk memperkasakan kedua-dua bidang tersebut di negara ini.

“Bagi memastikan pusat tersebut berfungsi dengan menyeluruh, pelbagai aktiviti seperti demonstrasi penghasilan produk, pameran bertema akan diadakan dari semasa ke semasa,” ujarnya.
 
Back
Top
Log in Register