BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat karaoke sedia GRO warga asing diserbu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PUCHONG: Tindakan licik pengusaha pusat karaoke yang berselindung di sebalik papan tanda restoran makanan Cina sejak sebulan lalu tidak bertahan lama apabila premis itu di Bandar Puteri Puchong di sini diserbu, baru-baru ini.

Difahamkan, selain karaoke, pengusaha premis dua tingkat itu turut menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) warga asing untuk menemani pelanggan mereka di dalam beberapa bilik disediakan.

Kegiatan haram itu terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertindak menyerbu premis berkenaan jam 10 malam.

Dalam serbuan hasil maklumat awam dan risikan itu, 23 wanita warga asing berusia 20-an dipercayai GRO ditahan untuk tindakan lanjut.

Agak mengejutkan apabila selain positif dadah, seorang daripada mereka turut memiliki dadah jenis ketamin yang disimpan dalam satu bungkusan kecil seperti tisu.

Sumber berkata, sebelum serbuan, beberapa anggota polis melakukan penyamaran sebagai pelanggan untuk memasuki premis terbabit.

“Pemeriksaan lanjut di kedua-dua tingkat kemudian menemui semua wanita asing berkenaan iaitu masing-masing 14 warga Thailand, lima warga China dan empat warga Vietnam.

“Hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka dan seorang penjaga premis berusia 20-an positif dadah.

“Selain itu, seorang daripada wanita asing itu didapati memiliki satu bungkusan kecil berisi dadah jenis ketamin,” katanya.

Menurut sumber, 19 lelaki iaitu pengunjung premis berkenaan berusia 20 hingga 40-an turut direkod keterangan untuk membantu siasatan.
 
warga asing tu indonesia ke china
 
warga asing tu indonesia ke china

kan dah dinyatakan dalam berita tu..
tak pula ditulis indon..

PUCHONG: Tindakan licik pengusaha pusat karaoke yang berselindung di sebalik papan tanda restoran makanan Cina sejak sebulan lalu tidak bertahan lama apabila premis itu di Bandar Puteri Puchong di sini diserbu, baru-baru ini.

bla bla bla...

“Pemeriksaan lanjut di kedua-dua tingkat kemudian menemui semua wanita asing berkenaan iaitu masing-masing 14 warga Thailand, lima warga China dan empat warga Vietnam.

“Hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka dan seorang penjaga premis berusia 20-an positif dadah.

“Selain itu, seorang daripada wanita asing itu didapati memiliki satu bungkusan kecil berisi dadah jenis ketamin,” katanya.

Menurut sumber, 19 lelaki iaitu pengunjung premis berkenaan berusia 20 hingga 40-an turut direkod keterangan untuk membantu siasatan.
 
Back
Top
Log in Register