BTC USD 23,099.6 Gold USD 1,927.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat judi ekor haram diserbu

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
PULAU PINANG 4 Dis. - Polis menyerbu sebuah rumah yang menjadi pusat kutipan sindiket perjudian ekor haram dengan wang pertaruhan mencecah RM500,000 sebulan di Taman Air Raja di sini pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, dalam serbuan itu, lima individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita termasuk seorang rakyat Indonesia telah ditahan.

"Dalam serbuan pada pukul 6.15 petang itu, polis turut merampas tiga mesin faksimile, empat unit telefon bimbit, lima kalkulator, 342 keping kertas yang tercatat dipercayai nombor pertaruhan dan tiga jadual pertaruhan.

"Siasatan polis mendapati, kumpulan itu bukan hanya menerima kutipan pertaruhan daripada negeri ini sahaja tetapi juga dari Kedah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

Tambahnya, polis telah melakukan pemantauan ke atas kumpulan itu sejak tiga minggu lalu dan kini sedang giat mencari ketua sindiket terbabit bagi melumpuhkan kegiatan mereka.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berusia antara 29 hingga 38 tahun itu ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (A) Akta Perjudian Rumah Terbuka 1953.

Sementara itu, dalam tempoh 27 November hingga semalam, polis telah menjalankan 23 serbuan berkaitan kegiatan perjudian dan menahan 50 orang dan merampas 81 mesin judi di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Pegawai Perhubungan Media IPK negeri, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, polis berjaya merampas 10,000 keping DVD cetak rompak di sebuah rumah di Batu Feringghi di sini semalam.

Katanya, dalam serbuan di rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan pada pukul 4.30 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 21 tahun dipercayai penjaga rumah itu.

"Polis serius dalam menangani kegiatan seumpama ini dan dari Januari hingga November tahun ini, kita telah melakukan 435 serbuan dan menahan 423 orang dengan rampasan sebanyak 720,778 keping cakera video digital (DVD) bernilai RM4.3 juta," jelasnya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register