Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
ILUSTRASI pelukis terhadap bangunan terminal Spaceport America yang kini hampir 90 peratus siap dibina di Las Cruces, New Mexico, Amerika Syarikat. - AGENSI
LOS ANGELES 15 Sept. – Fasa pertama pangkalan angkasa lepas komersial pertama di dunia, yang bakal menjadi hab bagi penerbangan Virgin Galactic untuk membawa pelancong ke angkasa lepas, kini sudah 90 peratus siap.
Tapak Spaceport America seluas 720 hektar di Las Cruces, New Mexico adalah pangkalan bagi Virgin Galactic yang merupakan usaha niaga paling besar pernah diceburi oleh usahawan Britain, Richard Branson.
Pangkalan itu sudah siap dilengkapi landasan sepanjang hampir 3.3 kilometer, hangar terminal dengan seni bina futuristik dan sebuah Pusat Operasi Angkasa Lepas berbentuk kubah.
Kerja pembinaan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini, memberi tempoh yang cukup selesa untuk penerbangan sulung Virgin Galactic yang dijangka berlepas pada 2013.
Pengarah Eksekutif New Mexico Spaceport Authority, Christine Anderson berkata, beliau begitu gembira dengan kemajuan yang dicapai setakat ini.
“Satu kejayaan besar untuk membina sebuah bandar kecil di tengah-tengah padang pasir di New Mexico.
“Atas kerana itu pujian harus diberikan kepada semua kontraktor dan arkitek serta orang lain yang menyumbangkan banyak masa dan tenaga dalam pembinaannya,” kata Anderson kepada SPACE.com baru-baru ini.
Belum ada tarikh muktamad untuk Spaceport America memulakan operasi.
Sistem pelancaran Virgin Galactic, WhiteKnightTwo/SpaceShipTwo masih di peringkat ujian dan terpulang kepada mereka untuk memutuskan masa yang selamat untuk menerbangkan pelancong ke pinggir angkasa lepas, ujar Anderson.
Pembinaan fasa dua sudah bermula dan dijangka siap sebelum penerbangan sulung Virgin Galactic.
Pioneering: Virgin Galactic's SpaceShipTwo is shown on its maiden flight from the Mojave Air and Spaceport in Mojave, California in this March 22, 2010 file photo
http://www.space.com/10361-virgin-galactic-spaceshiptwo-lands-spaceport-america.html