BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusara memali berbau wangi

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
LINK


YA, KUBURAN MEREKA MEMANG MEWANGI...

Aku tiba di Kampung Parit Panjang, Baling pada Jumaat lalu, setengah jam sebelum masuk solat Jumaat.

Perkuburan mangsa pembunuhan Memali ni terletak tak jauh dari tepi jalan besar, bersebelahan masjid.

Ia tidaklah segah Makam Pahlawan di Masjid Negara tu. Suasana di tanah perkuburannya macam di tanah perkuburan lain juga, sepi, tak ada yang istimewa pun.

Dari pintu masuk dah nampak makam yang menempatkan 14 jenazah orang kampung yang terbunuh. Dikebumikan dalam satu liang lahat dan berpagar. Nisannya disumbangkan oleh Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim yang mencemar dulu menziarahi dan merenjis air mawar waktu kesemua jenazah disemadikan dulu.

Dan sebaik saja aku menjenguk makam itu untuk sedekahkan Al-Fatihah, bau wangi terus menerjah deria bauku.

Bukan wangi perfume yang keterlaluan itu, bukan juga wangi yang melekat ke tubuh. Kalau itu yang terjadi, confirm geng Mastika sampai heheheh.

Bau wangi itu camne eh nak explain, lebih kepada haruman bunga...'ringan' baunya tetapi cukup menyegarkan.

Aku taknaklah 'over' dalam hal ini, taknaklah dikatakan berlebih-lebihan pulak,

Kang ada yang kata ini cuma perasaan aku aje. OKlah takde hal. Tetapi kalau tanya aku, inilah pengalaman yang aku alami masa menziarahi makam mereka yang terbunuh itu.

Sama ada itu cuma kebetulan atau petanda yang baik bagi kesemua jenazah ini Wallahualam. Alam roh ni dah luar bidang kita lagi pun.

Usai solat Jumaat, kami meneruskan perjalanan. Setengah jam dari situ, aku, sahabatku, Rosman Man Lorry dan anak buahku, Irfan, tiba pula di lokasi pembunuhan yang juga rumah Ustaz Ibrahim Libya yang terletak di Kampung Charok Putih, Siong, Baling

Pondok tempat dia ditembak masih kekal utuh. Kesan lubang akibat peluru yang dilepaskan juga masih ada.

Anyway, aku harap mereka yang datang ke Kedah, singgah-singgahlah ke dua-dua lokasi ini.

Namun datanglah dengan niat dan hati yang terbuka. Dendam kesumat dah tak perlu lagi. Siapa betul dan siapa salah hanya Allah SWT yang tentukan. Janganlah datang dengan niat nak mengambil kesempatan ke atas keluarga-keluarga mangsa, balu etc.

Dua-dua lokasi ini adalah perkampungan yang tenang, penduduknya baik-baik belaka namun janganlah lakukan sesuatu yang tidak menyenangkan mereka. Mereka sudah cukup terseksa dengan insiden yang cukup menyedihkan ini.

Janganlah ditambah garam pada luka yang tersayat.

Al-Fatihah kepada 14 penduduk kampung dan empat orang anggota polis yang terkorban dalam insiden Memali ini.

Aku hilang kata-kata.
 
Back
Top
Log in Register