zerovirus
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 182,246
Paid Membership
- Joined
- Jan 25, 2009
- Messages
- 182,246
- Reaction score
- 109
- Points
- 1,023
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.... Besar harapan tatkala melangkah ke alam rumahtangga, namun semuanya tidak seperti yang disangka.
Punca-punca yang selalu menimbulkan konflik rumah tangga yang sering diadukan ke mahkamah-mahkamah syariah ialah seperti:
Ketidakfahaman dan sikap cuai kedua suami isteri tentang tanggungjawab perkahwinan seperti perkahwinan ketika usia terlalu muda.
Campur tangan mertua.
Sikap suami yang bengis.
Suami/isteri yang suka berpoya-poya.
Isteri yang terlalu cemburu.
Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Suami yang tidak mampu memberi nafkah.
Perzinaan.
Ketidakseimbangan dalam kemampuan seksual.
Isteri enggan dimadukan.
Isteri mandul.
Masalah-masalah Rumah Tangga
Masalah-masalah rumah tangga boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang besar seperti:
Ekonomi
Peribadi (emosi dan fizikal)
Seks
Sosial
Ekonomi
Terdapat beberapa masalah dari aspek ekonomi yang sering mencetus masalah rumah tangga seperti:
Suami tidak mampu menyediakan nafkah yang mencukupi.
Suami sengaja cuai menyediakan nafkah yang mencukupi.
Sikap isteri yang sentiasa meminta sesuatu yang sememangnya tidak dapat diadakan oleh pihak suami.
Sikap suami yang memeras harta isteri.
Jika kedua suami isteri sama-sama bekerja, terdapat pula sikap berkira di antara keduanya di dalam menguruskan ekonomi rumah tangga.
Peribadi
Apa yang dimaksudkan dengan masalah yang berpunca dari peribadi ialah masalah yang melibatkan sikap fizikal dan emosional seseorang suami atau isteri. Umpamanya:
masalah kesihatan fizikal pihak suami
isteri–suami yang mengidap penyakit yang tidak membolehkan ia mencari nafkah atau melayani isterinya.
isteri yang terlantar sakit atau tidak dapat melahirkan zuriat.
Manakala masalah emosional pula seperti:
sikap suami yang cepat naik berang, perungus atau mempunyai kebiasaan melakukan kekerasan fizikal terhadap pihak isteri.
isteri mengalami masalah emosional seperti garang atau terlalu cemburu.
Di dalam suatu kes yang pernah berlaku, si suami terlalu cemburu dan tidak mempercayai pihak isteri kerana isteri mempunyai hubungan yang karib dengan teman lelaki sepejabatnya. Dia telah dua kali menceraikan isterinya. Apabila dianalisa tentang latar belakangnya ternyata pihak suami telah mengalami satu trauma kesan dari perkahwinan ibu dan bapanya yang hancur dan begitu juga dengan perkahwinan saudara-saudara perempuannya yang lain.
Seksual
Lazimnya masalah seksual terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam aktiviti seksual.
Seperti suami/isteri yang mempunyai keinginan yang terlalu kerap atau sebaliknya suami yang terlalu dingin atau sememangnya telah hilang keupayaan seksual.
Kejahilan atau kurang pengetahuan untuk mencapai kepuasan seksual sehingga menganggap pasangannya kurang mampu melayaninya.
Suami yang mempunyai sikap kasar melakukan hubungan seksual atau luar biasa.
Suami atau isteri mempunyai hubungan seksual dengan orang lain.
Sosial
Aspek sosial yang selalu mencetuskan konflik rumah tangga merangkumi hubungan sosial di kalangan ahli keluarga (maksudnya hubungan dengan orang lain).
menantu enggan menghormati mertua atau tidak mesra dengan ipar-duai.
ibu atau bapa tidak begitu mesra dengan anak-anak. Malahan lebih buruk lagi jika tidak terdapat kemesraan antara kedua suami isteri.
pihak suami selalu memikirkan soal pekerjaannya sehingga tidak ada masa yang terluang untuk dihabiskan bersama-sama isteri dan anak-anaknya.
Manakala hubungan yang melibatkan orang yang di luar hubungan kekeluargaan berlaku apabila:
suami atau isteri mempunyai hubungan kasih dengan orang lain atau telah melakukan perzinaan.
sikap suami atau isteri yang suka berpoya-poya.
banyak lagi tips dan aktikal kesihatan ...
TEKAN SINI