BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Pulisic Lengkapkan Perpindahan Ke AC Milan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836

Pulisic lengkapkan perpindahan ke AC Milan​


14 JUL 2023

2265639.jpg

Pulisic

PENYERANG Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic melengkapkan perpindahan dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea ke kelab Serie A Itali, AC Milan.

Pulisic yang berusia 24 tahun, telah menandatangani perjanjian empat tahun dengan kelab Serie A itu, dengan pilihan setahun lagi.

Sebagai rekod, dia menjaringkan 26 gol dalam 145 perlawanan sepanjang menyarung jersi Chelsea, selain bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2021, ketika menyingkirkan Manchester City.

Bagaimanapun Pulisic menjadi lebihan kepada keperluan di Stamford Bridge, menjaringkan hanya sekali dalam musim terakhirnya.

“Ia adalah musim yang cukup sukar dalam tempoh beberapa musim lalu sepanjang bersama Chelsea.

“Atas sebab apa pun saya tidak mendapat peluang seperti yang dimahukan seseorang pemain bola sepak.

“Bagi saya ia adalah peluang yang baik untuk berundur, mendapatkan permulaan baharu dan bermain untuk pasukan besar seperti ini,” katanya pada sidang akhbar.

Chelsea sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengesahkan perpindahan itu, dengan berkata: “Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Christian dan berterima kasih kepadanya atas segala sumbangannya sepanjang berada di kelab ini.”

Christian menyertai Chelsea dari Borussia Dortmund dalam perpindahan pada 2019 yang menjadikannya pemain termahal dari Amerika Utara.

Pemain kelahiran Pennsylvania itu juga telah melakukan sebanyak 60 penampilan bersama Amerika Syarikat.

Perpindahannya ke Serie A menyaksikan dia akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Ruben Loftus-Cheek, yang juga menyertai Milan pada musim panas ini.

Chelsea telah berpisah dengan beberapa pemain utama pada musim panas ini termasuk Kai Havertz yang berpindah ke Arsenal, Mateo Kovacic ( Manchester City) dan Mason Mount (Manchester United).

Cesar Azpilicueta pula menyertai Atletico Madrid secara percuma, manakala penyingkiran lain menyaksikan Kalidou Koulibaly, Edouard Mendy dan N'Golo berpindah ke Liga Pro Saudi, apabila masing-masing menyertai Al-Hilal, Al-Ahli dan Al-Ittihad.


 
1000220435.jpg


Christian Pulisic (11) became the first AC Milan midfielder to score more than 10 goals, excluding penalties, in a single Serie A season since Kaká in 2005/06 (11). Certainty.
 
1000233182.jpg


Christian Pulisic finishes the season as one of 3 Serie A players to score at least 15 goals and 10 assists across all competitions, alongside teammate Rafael Leão and Roma's Paulo Dybala 🔥🔥
 
1000480996.jpg


Christian Pulisic has now provided more assists than any other player in Serie A since the start of last season (14), also scoring 18 league goals in that time. 🇺🇸

Two of his assists came from the bench against Empoli today, becoming just the fourth substitute to have provided multiple assists in a Serie A game for Milan since the start of the 2016/17 season:

◎ Matias Fernández vs. Bologna (2017)
◎ Hakan Çalhanoglu vs. Crotone (2021)
◎ Rade Krunic vs. Torino (2021)
◉ Christian Pulisic vs. Empoli (2025)

The 🅰️ in Captain 🅰️merica is for assists.
 
Back
Top
Log in Register