Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 68,527
Top Poster #5
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 68,527
- Reaction score
- 7,477
- Points
- 916
- Awards
- 1
Kalau anda jenis suka impian besar sebagai contoh nak ada pulau sendiri, ini mungkin peluang yang anda tunggu-tunggu selama ini. Baru-baru ini tular satu video di TikTok yang dimuatnaik Azreen Ali berkenaan terdapat sebuah pulau persendirian di Pulau Langkawi yang sedang dijual dengan harga RM8 juta. Tapi yang paling menarik, ‘boleh nego harga bro!’. Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Jemuruk, terletak di kawasan Ayer Hangat, Langkawi. Saiznya pun bukan main-main kerana ia berkeluasan lebih kurang 1.7 hektar dan berstatus pegangan bebas Rizab Melayu.
Menurut sumber laporan The Halal Explorer, pulau ini terletak di muara Sungai Kubang Badak, dan menyimpan khazanah geologi berusia lebih 500 juta tahun. Dengan status tanah Rizab Melayu dan pegangan bebas, ia memberikan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk merancang pembangunan yang sesuai dengan keperluan pasaran pelancongan di Langkawi. Sehubungan dengan itu, ia turut menawarkan peluang pelaburan yang unik, sama ada untuk pembangunan resort mewah, pusat rekreasi eksklusif atau sebagai aset hartanah jangka panjang.
Pulau ini juga mudah untuk diakses kerana hanya berada dalam 5 hingga 7 minit dari Jeti Kubang Badak. Bayangkan anda boleh bangun pagi, hirup kopi sambil tengok laut dari ‘rumah’ sendiri atas pulau. Atau jadikan ini pelaburan jangka panjang, buat resort, glamping site atau lepak sambil tunggu nilai tanah naik.