feer6452
Super Active Member
- Messages
- 8,855
- Joined
- Apr 23, 2011
- Messages
- 8,855
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
TUMPAT – Dua hari lepas saya ada terima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lelaki, mengatakan adik saya berada di sebuah hostel di Chukai Kemaman,” kata Mohd Afiq Daud, 25, abang kepada Farahafifah, 17, yang hilang sejak sebulan lalu.
Mohd Afiq berkata, bagaimanapun SMS daripada lelaki itu dikhuatiri maklumat palsu kerana dia meminta wang RM150.
“Bila saya menghubungi nombor telefon tersebut untuk bercakap dengan adik saya, pelbagai alasan diberikan lelaki tersebut.
“Dia meminta saya memasukkan duit ke dalam akuannya, tetapi saya tidak tunaikan permintaannya itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Mohd Afiq berkata, walaupun kehilangan adiknya sudah tersebar di dalam media, dia tidak mendapat sebarang petunjuk.
“Adik saya masih tidak menghubungi keluarga, kami juga tidak mendapat sebarang petunjuk selain SMS tersebut,” katanya.
Pada Khamis lalu, akhbar ini melaporkan seorang ibu khuatir keselamatan anak gadisnya berusia 17 tahun yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu, selepas keluar dari rumahnya di Kampung Palekbang untuk ke kedai berhampiran membeli alat tulis.
Kehilangan Farahafifah Daud hanya disedari Maimun Abdullah, 57, selepas dia tidak pulang ke rumah pada keesokan harinya.
