BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pukul pekerja serbaneka, 3 ditahan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,663
Points
201
Pukul pekerja serbaneka, 3 ditahan


Bentong: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pukul pekerja sebuah kedai serbaneka, di sini, yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung rakaman video berkenaan jam 12.10 tengah malam tadi.

"Dalam rakaman berdurasi dua minit dua saat itu memaparkan seorang lelaki yang bekerja di kedai serbaneka dipukul seorang lelaki.

"Hasil siasatan dilakukan mendapati rakaman itu tular di aplikasi X yang dimuat naik jam 9.57 pagi tadi.

"Rakaman video itu memaparkan pekerja kedai serbaneka berkenaan dipukul menggunakan topi keledar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan maklumat orang awam, beliau berkata, pihak polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 27 hingga 36 tahun jam 1.40 petang tadi.

"Siasatan awal dilakukan mendapati punca kejadian itu kerana perselisihan faham dan pertengkaran mulut.

"Susulan kejadian itu, mangsa berusia 19 tahun melakukan pemeriksaan dan mendapat rawatan di Hospital Bentong," katanya.

Katanya, semakan dilakukan mendapati dua daripada tiga suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah termasuk kes penyalahgunaan dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Semua pihak dipohon tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu yang masih dalam siasatan," katanya.

- ends

Keterangan gambar:

1. RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang pekerja kedai serbaneka di Bentong dipukul menggunakan topi keledar, tengah malam tadi, yang tular di media sosial, hari ini.

From: No'Rule


#harianmetro


6235386374933037006_121.jpg

6235386374933037005_121.jpg
 
Back
Top
Log in Register