BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pukau sebelum rompak mangsa

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
JAKARTA: Polis Jakarta Utara semalam menahan lima warga Malaysia yang menggunakan ilmu pukau untuk merompak berjuta-juta rupiah daripada mangsa mereka.

Suspek ialah Amirudin bin Nurdin, Nasrudin Dale atau Ledal bin Nurdin, Budiman Mente, Saripudin Dandra atau Pandra bin Ms Pande, dan Rusli bin Samsudin.

“Mereka ditahan di Koja, Jakarta Utara, kira-kira jam 3 petang,” kata Ketua Polis daerah, Andap Bhudi di Jakarta.

Menurutnya, polis juga merampas tiga jam, 50 kad pengeluar wang tunai ATM, tiga komputer riba, tiga telefon bimbit, 22 resit pembelian emas, barang kemas, wang tunai AS$70 (RM210) dan Rp1.62 juta (RM570).


Andap berkata, kumpulan itu melakukan jenayah dengan mengggunakan jam tangan Rolex palsu. Amirudin akan memikat pelanggan dengan menawarkan jam palsu itu untuk ditukarkan dengan wang tunai.

Menurutnya, ketika Amirudin berbual dengan mangsa, seorang lelaki lain akan tiba dan berpura-pura berminat untuk membeli. Ketika inilah mereka akan memukau mangsa dan meminta kad ATM serta kod PIN, kata Andap.

Kumpulan itu didakwa aktif melakukan jenayah itu di kawasan Tanjung Priok, Koja, Kelapa Gading, Pademangan, Depok, Senen dan Menteng.

“Kami mahu semua penduduk yang menjadi mangsa mereka tampil untuk membuat aduan,” katanya. - Agensi
 
Ni berita betul ke TT? Nama saspek mcm nama org indon je
 
berita x betul ni,indon jerk buat keje pukau dan merompak di malaysia.berapa sen jerk dpt kalo rakyat malaysia nk rompak indon hahahahahha lawakkk
 
wah..ade jugak org sini p pukau kat sane..ahahha.
 
kan rakyat diaorg dah dpt kerakyatan kat sini, bile balik sana buat perangai, so tunjuk ic malaysia...LOL
 
hahahaha..x bleh blah..nama mcm mat indon ja..brapa sen sgt la yg dpt klu p rompak kat sana..buat penuh poket ja, tapi nilai tarak..huhuhu
 
men pukau2 plak org malaysia..
berguru ngn org indon la nie..
nk balik malaysia xd wit pukau dl..
br bole beli tiket tongkang nk balik malaysia.
 
kan rakyat diaorg dah dpt kerakyatan kat sini, bile balik sana buat perangai, so tunjuk ic malaysia...LOL

stuju2...org indon..
tpi da dapat warganegara malaysia kn..
 
aik plik plak g pukau kat indon? nama pun mcm indon je..
 
Back
Top
Log in Register