eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GRIK: Menggunakan gadis cantik sebagai pelaris, pengikut ajaran sesat Azhar Wahab menjadikan beberapa stesen minyak di Kelantan dan daerah ini lokasi baru menyampaikan dakyah mereka menerusi penjualan cakera padat (CD) amanat kumpulan itu.
Berselindung di sebalik penjualan CD, pengikut ajaran sesat itu tidak ‘menang tangan’ apabila jualan mereka mendapat sambutan memberangsangkan dengan menipu pelanggan bahawa hasil jualan disedekahkan kepada anak-anak yatim di Kedah dan Sabah.
Selepas kisah kumpulan ajaran sesat itu dikatakan kembali aktif dan dipaparkan di akhbar baru-baru ini, beberapa pengikutnya dilihat cuba memperluaskan ‘amanat’ berkenaan di beberapa negeri termasuk Kelantan, Kedah dan Perak.
Pelanggan yang membeli CD berkenaan, Abdullah Muda, 40, berkata dia tidak menyangka seorang gadis cantik datang kepadanya ketika berhenti mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jeli, Kelantan baru-baru ini adalah pengikut ajaran sesat itu.
Katanya, mereka datang dan memujuknya supaya membeli CD berkenaan dengan alasan wang hasil jualan akan disedekahkan kepada golongan tidak bernasib baik.
“Saya tanpa banyak tanya terus membeli CD berkenaan. Gadis berkenaan bukan saja cantik tetapi juga pandai merayu kepada setiap pelanggan di stesen minyak berkenaan sehingga ramai yang turut membelinya,” katanya kelmarin.
Beliau berkata, selain merayu supaya membeli CD, gadis berkenaan turut meyakinkannya bahawa penyanyi yang menyumbangkan lagu dalam CD itu sudah mengislamkan ratusan orang di Sabah.
Abdullah berkata, dia yang sangsi dengan kandungan CD berkenaan kemudian memasang dan mendapati wujud beberapa lirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Album itu mengandungi sembilan lagu dan ia dijual pada harga RM10 setiap satu.
“Selepas membaca pendedahan Harian Metro beberapa hari lalu, baru saya tahu dan yakin ia adalah dari kumpulan ajaran sesat menyebabkan saya melarang anak-anak mendengarnya.
“Saya berharap pihak Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkenaan segera bertindak sebelum lebih ramai generasi muda terpengaruh kerana ia dikhuatiri akan memesongkan akidah,” katanya.