BTC USD 83,089.9 Gold USD 4,164.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puasa Hari Puteh (13, 14, 15) Hijrah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Hari Puteh (13, 14 & 15) Hijrah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Daripada Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Puteh) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Ada kalanya sebulan penuh, ada juga sebahagian besar daripadanya kecuali beberapa hari.

2. Antara hari yang digalakkan berpuasa pada setiap bulan hijrah ialah pada pertengahan bulan atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

3. Disepanjang bulan Syaaban ini kita digalakkan berpuasa sunat. Ada puasa sunat yang khusus antaranya puasa hari Isnin dan Khamis juga puasa pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15) yang akan jatuh pada hari Jumaat 23hb Feb, Sabtu 24hb Feb dan Ahad 25hb Feb ini.

4. Berpuasa tiga hari sebulan menyamai ganjarannya seperti berpuasa sebulan (kerana kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda). Hadis Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ الْأَبَدَ صَوْمُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ الشَّهْرِ صَوْمُ الشَّهْرِ كُلِّهِ

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh." (HR Muslim No: 1967)

Marilah kita merebut peluang melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban ini. Kita berpuasa sunat Hari-hari Puteh pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Februari 2024
12hb Syaaban 1445H
 
1000197151.jpg


Fadhilat Puasa Hari Putih

Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya: "Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari -hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun."

Riwayat Abu Daud (2449)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 
Bagus ni untuk geng malas puasa 6.... sama kelebihannya
 
Hari Putih: Amalan Puasa yang Disunnahkan

Hari Putih atau lebih dikenali sebagai Al-Ayyam Al-Bayd merujuk kepada tiga hari pertengahan setiap bulan Qamariyah (Hijrah), iaitu pada 13, 14, dan 15. Ia dinamakan “Hari Putih” kerana bulan purnama kelihatan terang benderang pada malam-malam ini, menyinari langit dengan cahayanya yang indah.

Amalan Puasa Hari Putih

Puasa pada hari-hari ini merupakan amalan yang sangat dianjurkan. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Berpuasa tiga hari dalam setiap bulan sama dengan berpuasa sepanjang masa.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda:

“Jika kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari-hari putih: 13, 14, dan 15.”
(Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa’i)

Hikmah dan Kelebihan Puasa Hari Putih

1. Ganjaran Seperti Berpuasa Sepanjang Tahun
Berpuasa tiga hari ini membawa pahala yang seolah-olah seperti berpuasa sepanjang tahun. Hal ini kerana dalam Islam, setiap amalan baik diberikan ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh itu, puasa tiga hari ini bersamaan dengan tiga puluh hari ganjaran puasa.
2. Menyucikan Jiwa
Puasa pada hari-hari ini membantu menyucikan jiwa, mendekatkan diri kepada Allah, serta melatih diri untuk mengawal hawa nafsu.
3. Manfaat Kesihatan
Puasa secara berkala memberikan peluang kepada tubuh untuk berehat dan memperbaiki sistem pencernaan. Selain itu, ia membantu membuang toksin dalam badan.

Panduan Melaksanakan Puasa Hari Putih

• Niat Puasa: Niat boleh dilakukan pada malam sebelumnya atau sebelum waktu subuh.
• Waktu Puasa: Sama seperti puasa wajib, bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
• Berbuka Puasa: Sebaiknya berbuka dengan kurma atau air dan disusuli dengan makanan ringan sebelum makan berat.

Puasa pada Hari Putih merupakan salah satu sunnah yang penuh dengan keberkatan. Ia bukan sahaja mendekatkan kita kepada Allah, tetapi juga memberikan manfaat kesihatan dan membentuk disiplin diri. Amalan ini amat sesuai untuk dijadikan rutin bulanan, kerana ganjarannya besar dan manfaatnya meluas, baik dari aspek rohani mahupun jasmani.

 
Back
Top
Log in Register