Wea Izre
Legendary Member

- Messages
- 14,042
- Joined
- Apr 13, 2007
- Messages
- 14,042
- Reaction score
- 34
- Points
- 120
Saya katakan Islam itu mudah untuk menunjukkan bahawa Islam tidak pernah memberi umatnya kesengsaraan dan kesusahan. Ayat2 yg dikeluarkan oleh saudara Hilal yg berbentuk kompleks. Di takuti akan tersilap faham oleh orang2 lain. Kalau boleh, saudara Hilal terangkan ayat tu lagi.
Tapi, Islam memang mudah. Sila lihat apa Quran kata:
Kami tidak menurunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu menjadi sengsara (20:2)
Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; ………(22:78)
Ayat2 di atas dengan tersendiri tanpa keperluan kepada ulasan mendalam, jelas mengatakan bahawa kesusahan, kepayahan, kesukaran dan kesengsaraan bukanlah konsep yang dianjurkan Quran. Disebaliknya Quran adalah untuk kemudahan manusia. Islam adalah untuk kemudahan dan kesenangan manusia.
Saya bukan penafsir. Tapi dari terjemahan(bukan tafsiran) quran yg diberikan oleh saudara jelas memberitahu bahawa "..Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." maka memang benarlah Islam itu mudah kerana pertolongan Allah itu sangat mudah didapati. Tapi, jika saudara boleh terangkan apa tafsiran ayat Quran di atas, sy appreciates.
Referring to my earlier post. Kita kena ikhlas bila beramal dan tidak mengharapkan sesuatu. Bila kita beramal atau beribadah adalah afdal jika kita tidak mengharapkan ganjaran dari amalan kita tu, itulah maksud ikhlas. Maksud sy bg tu, bila tuhan nak bagi ganjaran tu maka dapatlah kita. Tak salah kita mengharap sesuatu dari Dia. Dialah, tempat kita bergantung. Kita sebagai makhluk kerdil wajib berusaha untuk mendapatkan seseuatu disamping itu juga kita mestilah berdoa meminta dari Dia. Itulah amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Inilah yang saya katakan ayat2 pening. Mungkin saudara Hilal boleh perjelas lagi tentang frasa ni? Siapakah Aku? dan siapakah kau?
begitulah manusia selalu fikir nak mudah saja?sebab itulah yg jadi kt umat Islam pada hari ini,ditindas dari segala aspek,ekonomi,pendidikan,sosial,umat Islam berjumlah 1.3 billion, tp hanya mampu berdoa bila afganistan diserang,Iraq diserang dan Palestin diserang oleh musuh-musuh Islam.
Firman Allah:Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.13:11
kita x berbuat apa-apa,tp ade hati nak tanya Allah(berdoa) bila nak dtgkan pertolongan.dari ayat tu kita x nak tgk ke ape yg diseru,nak amik yg ayat terakhir tu je ekk "sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"
kira nak amik sebahagian dan tinggalkan sebahagian yang lain?macam tu? boleh baca terjemahan surah an-nisa4:150 sebab saya x sanggup nak paste kt sini.
So apa perjuangan yg sebenar?Jihad yang sebenar?
Al-Quran itu cermin diri,so kita kena banyak cermin diri kita kat situ(saya pon tidak terkecuali)
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.38:29
so fikir-fikirkanlah,kita semua dikurniakan akal oleh Allah,gunakanlah akal itu sebaik-baiknya
Qola Rasulullah "berfikir sejenak itu lebih baik dari beribadat 70 tahun"
Last edited: