BTC USD 86,036.2 Gold USD 4,187.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puasa 6

Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Penterjemah: bin Sahak

Soalan:

Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ? Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?

Jawapan:

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:

Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”
 
mengapa puasa 6 hari yg dilakukan selepas berpuasa 1 bulan penuh di bulan ramadhan bersamaan dengan puasa selama setahun? :-?


menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam Kitabnya Fiqh al-Islami: Dalam Quran Allah S.W.T telah memberitahu bahawa setiap amalan akan digandakan dengan 10 kali....


Puasa 30 hari Bulan Ramadhan : 30 hari x 10 = 300 hari


Puasa 6 hari dalam Bulan Syawal : 6 hari x 10 = 60 hari


Jumlah = 360 lebih kurang setahun kita berpuasa :D:D:D
 
puasa 6 ialah puasa sunat selama 6 hari di bulan syawal

nenek aku suka puasa 6 selama 6 hari bermula dari 2 syawal

betul tu ... ramai orrang yang duk kat kampong yang tua tua tu suka buat puasa 6 pada 2 syawal lagi :)
 
lom stat lg..mggu ni asyik de jamuan raye je kat tmpt keje..
insyaallah klu xde aral nak stat mggu dpn..
nak stat tu payah..klu dah stat deret terus 6 hari..sayang nak berenti..
 
aku plak igt nk start hari nie....tapi kat umah takde lauk nak buat bersahur pg tadi...khamis nie kut...insyallah..:D
 
alhamdulillah...teman udah mule...menyihatkan badan...
 
Back
Top
Log in Register