BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PTPTN kutip RM4 juta sehari

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berjaya mencatatkan pungutan balik pinjaman sebanyak RM4 juta sehari berbanding RM2.5 juta sebelum ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, peningkatan itu merupakan satu perkembangan yang baik berikutan kesedaran di kalangan peminjam selain tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

"Kebiasaannya kita hanya menerima kira-kira RM2.5 juta jumlah bayaran balik dalam sehari tetapi kini jumlah itu sudah meningkat kepada lebih RM4 juta sehari, ini merupakan satu perkembangan yang baik dan kita harap akan berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen 'Merdekanya Bila Cuti Sekolah' di pejabat PTPTN di sini semalam.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan diberikan oleh PTPTN kepada 1.4 juta peminjam untuk membolehkan mereka membuat pembayaran balik termasuk menerusi kaunter bank-bank tempatan atau melalui perbankan Internet.
 
eheheheh..oklah tu ada peningkatan so bolehlah bg kat budak2 lain buat pinjaman :)
 
kalau rm4M sehari.. 30 hari = rm120M.. walau.. kaya nyok.. >:) >:) >:)
 
baru start bayar slmlm..hehe..sapatutnya kena bayar 150 sebulan tapi x mampu la..bayar ja 50 hinggit sudah..
 
ptptn tak marah kalau kita datang dan bincang dengan dia.berapa2 yang kita mampu
 
aku patut bayar rm265 tapi aku bayar rm200 je sebulan..
 
PTPTN ni pun cekek darah.sepatutnye hutang study x yah la ada bunga sampai 3%
 
Back
Top
Log in Register