wahh cerita la.. spill the teaaaaaa
Benda trauma ni kalau cerita akan membuka luka lama. Ex Awek ku ni anak yatim piatu sejak kecil dia dibesarkan pindah randah dari satu family sedara mara ke satu yg lain baik dari parent belah arwah ibu atau Bapak dia. Kenal dia mulanya dari 1 U tapi kami lain course same faculty.
Selepas tegur sapa hi hi salam salam, bermulalah tukar2 surat. Waktu itu seronok punya awek sebab zaman sekolah takut bercinta sebab mak marah. Waktu kuliah ni aku pakai motor Panther Gama dan dia plak ada motor RXZ. Jadi kalau time cuti semester kitaorang akan convoy berdua gi Genting, Port Dickson dan sekitar KL bersama kawan2 aku. Time kami bakar2 ayam dipantai PD waktu malam, ada kucing ni makan ayam panggang kami yg letak tepi khemah dan dia ambil pisau tikam kucing tu.
Moment ni aku shock sebab aku suka kucing, apalah sangat ayam seketul dua dibaham nya.. Nyawa kucing melayang sebab dia takda empathy simpati rasa belas kasihan kat haiwan. Aku argue dia macam2 soal ini, dia pulak pertahankan diri tidak bersalah. Zaman ni aku jahil soal apa itu psychopath behavior. Jadi aku rasa awek aku ni pelik. Tu jer.
Dalam usaha dia nak suruh aku berhenti hisap rokok, dia letak mercun padi dalam rokok aku jadi time hisap terperanjat sial tetiba meletup ! Dia kata merokok tu bahaya kan dah kebabom. Bukan nya mintak maaf tapi dia kesal napa tak meletup kat bibir aku. WTF..
Dia ni suka mencubit dan sakitnya cubitan dia mengalahkan mak aku nya cubit time aku kecik2 dulu suka dengar orang2 tua tengah bercakap dan nyampuk. Banyak kali aku tegur sikap dia ni tapi tak makan saman.
Aku tak pernah declare akan nikah dengan dia pas habis belajar, say love you ada, dalam kata lain hubungan aku tingkat kenal dan sayang, no more than that. Tapi dia one day pergi kerumah parent aku dikampung solo jumpa mak aku dan cakap dia bakal isteri.. WTF
Kecoh dan heboh family aku gara2 peristiwa ni. Waktu itu aku gi teman bapak aku gi berubat kampung. Kemudian ada family meeting dan abang yg aku sayang nasihatkan aku putus dengan awek ni atas alasan perangai pompuan ni tak semenggah. Jadi selamat lah aku dari pressure mak aku yg suruh tanggung jawab lah kat anak dara orang bla bla.. pening
Proses untuk breakup yg sangat2 susah sebab dia ni taknak breakup dan putus. Pressure aku dengan tetiba bapak saudara dia sering kacau aku dikampus suruh tanggung jawab lah.. bukan aku ngandungkan anak dara orang. Tapi situasi nya dia smart play victim.
Bertahun sampai habis belajar grad start kerja kena ganggu kat dia dalam banyak perkara. Bikin aku sangat rimas, trauma dan geram. Antara gangguan dia buat, dia post surat ada sekeping gambar dia kat tempat bomoh dan pegang gambar aku. Macam selfie tapi ni zaman Kodak .. hahaha.
Dipendekkan cerita abang aku, carikan aku awek sorang dan aku kahwin dengan wife bahagia. Dia pulak dah kahwin 3 kali dan semua suaminya mati. 1st mati eksiden, 2nd mati sakit misteri, 3rd meninggal sebab mati lemas dan dia sekarang masih mencari suami ke 4.